Sebab nak makan piza halal, Yuna disenarai hitam di Kanada

Photo of author

By Joe

Sebab nak makan piza halal, Yuna disenarai hitam di Kanada. Nama penyanyi Yuna pernah disenarai hitam daripada memasuki negara Kanada akibat ingin pergi ke sebuah kedai makanan piza.

Kongsi Yuna dalam sebuah siaran audio, insiden itu berlaku ketika dia bersama beberapa rakan ingin menikmati piza selepas selesai membuat persembahan di Detroit, Amerika Syarikat (AS).

Katanya, pada waktu itu dia hanya mengikuti navigasi yang mengatakan restoran tersebut menyediakan menu halal dan masih beroperasi pada pukul 1 pagi.

Sebab nak makan piza halal, Yuna disenarai hitam di Kanada

“Waktu itu kami sangat lapar dan cuba mencari restoran menggunakan navigasi di telefon Blackberry selepas membuat persembahan di Detroit. Kami ingin makan piza pada lewat malam dan mendapat tahu ada sebuah kedai yang masih beroperasi.
“Mengetahui kedai tersebut halal, kami terus memandu dan selepas beberapa jam, kami melihat papan tanda yang mengatakan kami kini sedang meninggalkan Amerika Syarikat.
“Kemudian kami melalui satu terowong dan tiba di kawasan sempadan Kanada-AS. Memang mengejutkan dan kami cuba menerangkan situasi kepada kakitangan di situ, tetapi malangnya tidak berjaya kerana tiada visa, walaupun kami bawa pasport,” katanya.

Pemilik nama lengkap Yunalis Mat Zara’ai, 38, itu memberitahu bahawa kejadian tersebut telah menyebabkan namanya disenarai hitam oleh negara tersebut.

“Untuk beberapa tahun saya disenarai hitam. Jadi, jika ingin membuat persembahan di Kanada, saya perlu melalui pemeriksaan imigresen yang sangat ketat.

“Malangnya, dalam kejadian itu kami tidak dapat makan piza,” jelasnya.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku ketika awal dia memulakan kerjaya muzik di AS sekitar 14 tahun lalu.

Baca Lagi:
24 ekor buaya sesat masuk kawasan perumahan gara-gara limpahan air sungai
Polis luar negara jadikan Proton Waja sebagai kenderaan rasmi jadi tanda tanya ramai
Lubang gergasi dianggap ‘pintu ke neraka’ mula membesar 3 kali ganda