‘Scammer’ mengaku ‘Datuk’ jual nama parti, gabenor Melaka kaut ratusan ribu ringgit

‘Scammer’ mengaku ‘Datuk’ jual nama parti, gabenor Melaka kaut ratusan ribu ringgit

‘Scammer’ mengaku ‘Datuk’ jual nama parti, gabenor Melaka kaut ratusan ribu ringgit.

Seorang lelaki tempatan berjaya mengaut ratusan ribu ringgit hasil menipu mangsa-mangsa dengan menjual nama sebuah parti politik dan Gabenor Melaka Mohd Ali Rustam sejak beberapa tahun lalu.

Seorang mangsa, Muhammad Azri Samsudin berkata, dia kehilangan RM6,000 akibat penipuan lelaki tersebut.

“Dia dan seorang lagi individu mengatakan pada saya mereka ingin membeli tanah di Durian Tunggal, Melaka dan tidak cukup wang,” katanya kepada MalaysiaNow.

‘Scammer’ mengaku ‘Datuk’ jual nama parti, gabenor Melaka kaut ratusan ribu ringgit

“Mereka membawa saya ke Pejabat Tanah dan Galian di Alor Gajah untuk mengambil borang permohonan.”

Lelaki tersebut turut mengaku mempunyai gelaran “Datuk” dan rapat dengan gabenor Melaka.

Disebabkan terpengaruh dengan lelaki itu, Azri memindahkan wang sebanyak RM2,500 pada hujung tahun 2021.

Tidak lama kemudian, dia turut ditipu sebanyak RM3,000 dalam urusan pemindahan hak milik syarikat oleh “scammer” tersebut. Kes lain termasuk urusan perumahan.

Difahamkan, scammer tersebut turut menipu beberapa orang lagi menggunakan taktik sama.

Lelaki itu aktif di semenanjung termasuk di Kedah dan Pahang.

Antara kes yang dikaitkan dengannya ialah kes penipuan perniagaan lembu dan kambing, selain urusan jualan rumah.

Difahamkan, jumlah yang berjaya ditipu lelaki itu mencecah ratusan ribu ringgit.

Seorang mangsa lain, Muhammad Azhar Mohd Saleh berkata, dia ditipu lelaki sama berhubung urusan penjualan rumah di Melaka pada 2015.

“Saya dimaklumkan dia hendak menjual rumahnya. Dia minta deposit anggaran RM20,000,” katanya kepada MalaysiaNow.

“Disebabkan saya percaya dan kenal dengan dia, saya beri duit itu kepadanya tanpa banyak soal.”

Setelah beberapa lama, urusan rumah tidak juga berhasil.

Azhar yang bertemu dengan keluarga lelaki itu bagi menuntut penjelasan bagaimanapun pulang hampa apabila keluarganya lebih cenderung membelanya.

Katanya, laporan polis dibuat pada 2015 namun sehingga kini tiada apa-apa perkembangan.

Seorang peniaga ayam golek dari Pasir Mas, Kelantan Muhammad Nasarudin Abdul Aziz berkata, dia kerugian sekitar RM4,000 selepas membeli daging ayam beku daripada lelaki tersebut bermula tahun lalu.

“Dia minta deposit, kemudian hantar ayam sedikit demi sedikit. Kali kedua, saya bayar RM10,000 deposit namun dia hanya hantar bekalan ayam sebanyak RM6,000.

“Dia berjanji untuk memulangkan semula baki deposit namun tidak berbuat demikian sampai hari ini,” katanya.

Menurut Nasarudin, lelaki berkenaan memberi pelbagai alasan untuk tidak menghantar bekalan ayam.

Dia juga berjanji untuk memulangkan wang namun tidak berbuat demikian.

Sumber:  Malaysianow

Baca lagi: 

Pasangan Chef hotel ditangkap khalwat malam pertama bulan Ramadhan

Ini fakta daun ganja yang ramai tidak tahu..Patutlah Freemason haramkan ganja, rupanya….

[VIDEO] Isteri terjatuh motosikal setelah suami teruja bantu mangsa kemalangan

CATEGORIES