Scammer berputih mata selepas di ‘checkmate’ oleh seorang pemuda

a1791c0c 1af3 4d9b bda6 003b5ef26f61 e1654405794841

Scammer berputih mata selepas di ‘checkmate’ oleh seorang pemuda.

Seorang ‘scammer’ berputih mata selepas diberikan ‘checkmate’ oleh seorang pemuda yang ditipunya apabila terpaksa memulangkan wang kepada beliau dan sembilan mangsa lain.

Shahrul Ashraf Sallehuddin, 38, sedar betapa sukar menjejaki scammer apatah lagi mendapatkan balik wang daripada mereka.

Namun, beliau tidak putus asa sehingga berjaya mengesan scammer itu dan memaksanya memulangkan wang yang diambil daripadanya dan sembilan mangsa lain.

Scammer berkenaan menggunakan laman Facebook Issac Chooi untuk menawarkan penyaman udara terpakai dengan harga murah.

Tawaran itu menarik perhatian bapa kepada lima anak itu pada 25 Mei lepas, lalu menghubungi scammer tersebut untuk membeli penyaman udara berkenaan.

Scammer berputih mata selepas di ‘checkmate’ oleh seorang pemuda

“Saya terlihat iklan penjualan penyaman udara air, jenama Sharp R32 1HP yang dijual dengan harga RM720. Bagi saya, harga tersebut munasabah. Saya hubungi ‘penjual’ dan membuat bayaran pendahuluan RM570.

“Pembayaran pendahuluan diterima atas nama syarikat dan ia tidak mendatangkan keraguan kepada saya. Malah saya terus mendapat invois daripada syarikat tersebut,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, selepas membuat bayaran, ‘penjual’ itu gagal dihubungi. Shahrul membuat laporan polis namun tidak berhasil mengesan scammer itu.

“Polis memberitahu saya, kalau kena scam macam ni, memang tuan (Shahrul) tidak akan dapat balik duit, sebab tidak ada tindakan selanjutnya (dari polis) melainkan tuan ke tribunal. Itu sahaja,” beritahu Shahrul.

Pereka grafik bebas itu, tidak berputus asa, malah nekad mendapatkan duitnya kembali. Dia mula menjejak pemilik akaun bank syarikat itu menerusi laman Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Bila kita dah dapat maklumat dari SSM, dengan mudah kita akan dapat nama, alamat serta nombor kad pengenalan pemilik syarikat tersebut,” beritahunya.

Berbekal butiran lengkap scammer itu, Shahrul terus menghubunginya di aplikasi Whatsapp.

“Saya mula provok scammer itu. Saya hantar salinan SSM dan kad pengenalan tersebut kepada scammer itu dan ugut untuk membuat laporan polis supaya akaun banknya dibekukan.

“Saya juga cakap ‘lu scam salah orang’,” katanya.

Scammer berputih mata selepas di ‘checkmate’ oleh seorang pemuda

Shahrul turut meninggalkan komen di laman Facebook Issac Chooi dengan catatan “SCAMMER ALERT. Siapa mahu (butiran) scammer ini, hubungi saya”.

Komen itu menarik perhatian sembilan lagi mangsa yang menerima nasib sama dengan Shahrul.

Mereka membuat kumpulan Whatsapp dan menghantar mesej amaran akan membuat laporan polis kepada scammer itu.

Dalam tidak disangka, seorang individu menghubungi Shahrul dan memberitahu dia adalah pemilik kepada akaun bank tersebut. Dakwanya, akaunnya disalahguna orang yang tidak dikenalinya.

“Pemilik akaun bank itu berkata dia akur untuk membayar semula semua wang kami, sebab takut lima akaun banknya (yang lain) akan dibeku.

“Pemilik akaun itu bersungguh-sungguh kata dia pun mangsa. Kami tak percaya tapi kami layan sahaja sebab kami nak balik duit kami.

“Dalam masa dua hari, pemilik akaun itu membayar balik duit kami yang berjumlah RM8,580. Dia beritahu kami setakat ini dia sudah rugi RM16,000, tetapi tidak memberikan butiran lain,” ceritanya.

Scammer berputih mata selepas di ‘checkmate’ oleh seorang pemuda

Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim pada Mac lepas memberitahu statistik mangsa scammer semakin meningkat.

Menurutnya, tahun lalu saja, sebanyak 4,360 kes dilaporkan dengan nilai kerugian berjumlah RM665 juta.

Shahrul akur bukan semua mangsa scammer berjaya mendapatkan semula duit mereka, justeru dia amat bersyukur namun berharap tindakan lebih proaktif dapat dilakukan pihak berkuasa.

“Sepatutnya tindakan membeku akaun patut diambil bila ada lebih daripada tiga laporan. Kalau akaun mencurigakan tidak ditutup cepat, scammer akan terus mencari mangsa untuk ditipu,” katanya lagi.

Baca Lagi:

Jutawan ‘low profile’ dari Kampung Baru miliki hotel mewah 42 tingkat di tengah bandar Kuala Lumpur

Ibu dikerat 15, tidak puas hati pembahagian harta pusaka

Seram! Wanita ini dedah rupa sebenar lebih 10 rakan halusinasinya selain Amanda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *