Sayonara Pas, selamat tinggal, “goodbye” Pas. Semoga bahagialah kamu dengan pasangan hidupmu,” – Puteri Umno

Sayonara Pas, selamat tinggal, “goodbye” Pas. Semoga bahagialah kamu dengan pasangan hidupmu,” – Puteri Umno

Sayonara Pas, selamat tinggal, “goodbye” Pas. Semoga bahagialah kamu dengan pasangan hidupmu,” – Puteri Umno.  Pergerakan Puteri UMNO mengucapkan selamat tinggal kepada Pas yang kini bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kerjasama UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) yang dianggap sebagai cetusan semangat perpaduan ummah diharapkan panas berpanjangan, tetapi hujan di tengah hari.

“PRN Melaka dan Johor Pas sudah buat pilihan. Mereka lebih rela memeluk katak dan mandi di kolam yang penuh jengking daripada kita yang sama-sama membentuk rumah bernama MN dulu.

“Kalau begitu, apa nak buat. Apa yang boleh kita beritahu “si luncai, terjunlah dengan labu-labunya”. Sayonara Pas, selamat tinggal, “goodbye” Pas. Semoga bahagialah kamu dengan pasangan hidupmu,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Terdahulu, Zahida berkata, bagi Pergerakan Puteri UMNO tiada poligami dalam politik dan Pas perlu memilih satu antara dua UMNO atau Bersatu yang merupakan parti picisan UMNO dan memiliki sejarah pengkhianatan.

“Mereka bukan citarasa kami. Kita berkali-kali beritahu Pas kalau mahu Bersatu Bersatulah kamu. Kalau mahu kami, ayuh mari bersama kami,” katanya.

Baca Lagi:

Lim Guan Eng mahu Rafizi tanding jawatan Presiden PKR

Dewan kecoh! Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan hilang, Menteri Agama jawab soalan hutang 1MDB

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 : Syarat, tarikh permohonan & bayaran

CATEGORIES