Saya sudah daftar vaksin untuk anak saya – KJ

1040589

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan sudah mendaftarkan anak bongsunya yang berusia enam tahun untuk menerima suntikan vaksin di aplikasi MySejahtera.

Perkara tersebut dimaklumkan bagi menjawab dakwaan segelintir pihak yang mengatakan beliau serta anaknya sendiri enggan divaksin.

“Semalam saya sendiri sudah tempah vaksin untuk anak saya. Ini nak jawab yang kata dia tak vaksin, anak tak vaksin.

“Anak saya, umur enam tahun akan divaksin dan Insya-Allah saya harap yang lain juga akan buat tempahan kepada anak-anak mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) di Hospital Tunku Azizah pada Khamis.

Dalam pada itu Khairy Jamaluddin berkata, cabaran utama pihaknya kini adalah untuk memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak ini adalah selamat.

Saya sudah daftar vaksin untuk anak saya – KJ

“Ramai terutamanya di media sosial mereka minta supaya tidak dipaksa dan sebagainya, saya memberi jaminan bahawa contoh untuk kalau dewasa, tak lengkap vaksin kita tak benarkan masuk ke kedai makan, tak dibenarkan masuk ke pusat membeli-belah dan sebagainya, untuk kanak-kanak, tiada syarat itu.

“Mereka diberikan pengecualian kerana kita nak pastikan ibu bapa yakin dengan proses ini, tidak terasa dipaksa dan vaksin ini akan melindungi anak-anak mereka daripada kesan yang lebih buruk daripada jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Baca lagi:  Isu vaksin: Khairy saman aktivis politik, pendakwah

Seorang penerima vaksin Covid-19 mahu pandangan kedua lepas sakit disyaki akibat dos penggalak

Lelaki lumpuh, bisu pulih selepas terima vaksin Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *