“Saya sayang PAS. Tersangat sayang PAS. PAS sebahagian dari diri saya.” – Khairuddin

“Saya sayang PAS. Tersangat sayang PAS. PAS sebahagian dari diri saya.” – Khairuddin

“Saya sayang PAS. Tersangat sayang PAS. PAS sebahagian dari diri saya.”Khairuddin. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Khairuddin Aman Razali memilih untuk berhenti dari Pas bagi terus menegur kepimpinan parti itu yang disifatkan tidak menguruskan parti dengan betul.

Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu menjelaskan, beliau sebelum ini berusaha untuk menegur kepimpinan ketika memegang jawatan dalam parti, namun perlu mengambil langkah berbeza setelah disingkirkan.

“Yang penting sebagai ahli parti dan pemimpin parti saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin parti mengikut saluran yang ada.

“Kemuncaknya saya terkeluar dari barisan kepimpinan, ia satu cerita yang panjang. Maka telah berakhir tugas saya sebagai pimpinan parti yang menegur secara dalaman.

“Tetapi menegur itu mesti ada tujuan dan matlamat dan matlamat itu kalau tidak dicapai perlu ada cara untuk mencapainya.

“Maka saya perlu ambil satu kaedah, kaedahnya bagaimana? Iaitu berada di luar parti sementara waktu untuk menyedarkan dan memberi pandangan kepada pimpinan parti untuk kembali menguruskan parti dengan cara yang betul,” katanya dalam satu temubual di Bernama TV, semalam.

"Saya sayang PAS. Tersangat sayang PAS. PAS sebahagian dari diri saya."Khairuddin

Menurut Khairuddin, kesilapan menguruskan parti dapat menyebabkan kesan besar kepada Pas kerana ia melibatkan masa depan dan hala tuju parti itu.

“Oleh kerana ini perkara besar melibatkan masa depan parti, melibatkan halatuju parti, maka bagi saya, saya perlu beritjihad untuk mengambil satu tindakan sebagai seorang ahli parti yang sayang partinya.

“Saya sayang Pas. Tersangat sayang Pas. Pas sebahagian dari diri saya,” katanya.

Dalam temubual itu juga Khairuddin menjelaskan beliau tidak keluar parti sebaliknya hanya memohon berhenti dari menjadi ahli Pas buat sementara waktu.

Baca Lagi:

TERKINI! Rafizi kembali ke gelanggang politik, tanding jawatan timbalan presiden PKR

Siapakah Onn Hafiz yang sebenar? Ini 9 fakta MB Johor ke -19 yang perlu anda tahu

Onn Hafiz angkat sumpah MB Johor ke-19

CATEGORIES