“Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal” Teman lelaki reda pemergian Syazlin

“Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal” Teman lelaki reda pemergian Syazlin

“Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal” Teman lelaki reda pemergian Syazlin. Teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo meluahkan rasa sedih dan masih terkejut dengan pemergiaan pelakon sambilan itu yang meninggal dunia, kelmarin.

Dalam hantaran di InstaStory, Shaf berkata, kehadiran Syazlin dalam hidupnya begitu singkat namun reda dengan pemergian teman istimewanya itu.

“Terima kasih untuk segalanya sayang. Saya tidak akan lupa semua kenangan manis, suka dan duka kita bersama.
“Allah pinjamkan awak bersama saya betul-betul sekejap. Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan berasa mati dan perkara yang paling hampir dengan kita adalah kematian serta benda yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam (kelmarin).
“Siapalah saya untuk menolak qada dan qadar. Walaupun berat saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” tulisnya.

"Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal" Teman lelaki reda pemergian Syazlin

Menurut Shaf, walaupun sedih namun dia perlu sedaya upaya menerima takdir meneruskan kehidupan tanpa Syazlin selepas ini.

“Semangat dan impian sayang akan saya bawa bersama sampai tiba masa saya bersama dengan awak di sana kelak.

“Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tenanglah disana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu . Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal,” tulisnya lagi.

Semalam, media melaporkan seorang pelakon sambilan dan pempengaruh ditemui meninggal dunia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar di Johor Bahru.

Baca Lagi:
Tak payah tunggu Perikatan Nasional menang, ini cara mudah nak keluarkan duit KWSP dengan mudah
Cucu menangis, merayu minta nenek tolong, dakwa dipaksa jadi scammer di Myanmar
Penduduk diugut ‘samseng’ jentera parti
CATEGORIES