“Saya minta maaf kalau orang luar sana tak puas hati”, penaja jelaskan mengapa tukar Mercedes Benz kepada Mini Cooper untuk Bell Ngasri

Photo of author

By Joe

“Saya minta maaf kalau orang luar sana tak puas hati”, penaja jelaskan mengapa tukar Mercedes Benz kepada Mini Cooper untuk Bell Ngasri. Pelakon Bell Ngasri akhirnya telah pun menerima hadiah kereta dari pihak DTC Motors.

Bintang popular ini telah menerima kereta jenis Mini Cooper Clubman berwarna oren dengan anggaran harganya bernilai dua ratus ribu Ringgit.

Memang murah rezeki Bell Ngasri.

"Saya minta maaf kalau orang luar sana tak puas hati", penaja jelaskan mengapa tukar Mercedes Benz kepada Mini Cooper untuk Bell Ngasri

Sesi pemberian hadiah ini telah dibuat secara langsung semalam, yang turut dihadiri pihak media.

Bell Ngasri pun dilihat melompat kegembiraan apabila menerima kereta berkenaan.

Katanya, dia amat gembira menerima kereta tersebut, antara kereta yang diminatinya.

“Syukur kepada Illahi di atas rezeki ini. Alhamdulillah. Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak DTC Motors atas hadiah ini. Tak lupa juga kepada pihak Femar Cosmetic dan juga penaja lain, Kacey Legacy, Ezcare dan juga Bro Printing.”

Bell juga berterima kasih kepada pihak Hot FM dan juga para peminat yang mengundi dirinya.

“Saya masih orang yang sama, berpijak di bumi yang nyata, masih tak percaya atas rezeki ini. Tidak kisahlah kunci lagi besar dari saya atau saya melompat mengalahkan atlet lompat pagar.”

Dalam pada itu, pihak DTC iaitu Afendy Wahid ada menyatakan bahawa dia ikhlas memberi hadiah berkenaan kepada Bell Ngasri setelah 37 tahun menabur bakti menghiburkan orang ramai.

Afendy juga meminta maaf jika kereta itu ada membuatkan orang diluar sana yang tak berpuas hati.

“Pertamanya saya nak minta maaf kalau ada orang luar sana tak puas hati.”
“Hadiah ini secara ikhlas dari saya, tak pernah merancang pun sebenarnya. Memang berlaku secara spontan, kebetulan Khairy Jamaluddin ada uarkan hal ini di Hot FM.”
“Saya wakili syarikat DTC Motors dan Femar Sdn Bhd seikhlas hati mahu menghadiahkan Bell sebuah kereta.”
“Dah 37 tahun Bell hiburkan rakyat Malaysia tanpa penat lelah dan inilah masanya untuk hargainya, kongsi rezeki pada Bell, mana tahu ada juga rezeki untuk kami.”

Jelasnya, mula merancanga beri kereta Mercedes Benz jenis Coupe kepada Bell Ngasri namun membuat keputusan untuk menukar kepada Mini Cooper.

Ini kerana, kereta Mercedes Benz Coupe itu hanya ada dua pintu, oleh itu kereta Mini Cooper lebih sesuai dengan Bell Ngasri yang mempunyai keluarga.

“Mulanya nak bagi Mercedes Benz dua pintu, jadi fikir semula tak sesuai untuk Bell sebab dia ada family. Itulah kita pun tukar kepada Mini Cooper Clubmen. Dia pun dah ada kereta jenis MPV. Jadi yang ini bolehlah dia dan orang rumahnay guna bersama anak-anak. Kalau hantar anak ke sekolah lagi sesuai, meriah lah.”

“Harapnya Bell akan terus jadi dirinya sendiri, stay humble, itu harapan saya.”

Tahniah buat Bell Ngasri dan terima kasih kepada pihak DTC Motors, semoga terus murah rezeki.

Baca Lagi:
Aksi kucing gergasi baka Maine Coon curi perhatian ramai, pandai buka pintu
Lelaki tunggang EX5 bawa lari lori roti Gardenia
Siapa So Loi Fat?, ini jawapan Sanusi