“Saya cuma nak suami tanggungjawab pada anak”, wanita sedih minta suami datang azankan bayi tapi tak dilayan

“Saya cuma nak suami tanggungjawab pada anak”, wanita sedih minta suami datang azankan bayi tapi tak dilayan

“Saya cuma nak suami tanggungjawab pada anak”, wanita sedih minta suami datang azankan bayi tapi tak dilayan. Popular selaku content creator yang selalu memuat naik video makan ulam, sayur ataupun herba-herba mentah, siapa sangka Cik Pia atau nama sebenarnya, Nursufia Johari kini sedang dilanda ujian besar dalam rumah tangganya. Dalam keadaan sarat hamil, dia akhirnya menitiskan air mata mengenangkan keadaannya sekarang.

Saya masih kuat tolak beg sendiri, tapi cemburunya kiri kanan ada suami temani isteri
Dalam sebuah rakaman yang dimuat naik semalam, terlihat Cik Pia menyarung baju pink dan difahamkan sedang menanti waktu bersalin. Berada di bawah pemantauan doktor, hati wanita ini pilu apabila melihat bakal ibu-ibu lain setia ditemani suami di sisi.

"Saya cuma nak suami tanggungjawab pada anak", wanita sedih minta suami datang azankan bayi tapi tak dilayan

Dengan takde bisnes, takde income, beban hutang kereta, takde nafkah
Sementara Cik Pia pula, kelahiran anaknya kali ini dilihat penuh dengan kedukaan memandangkan hubungannya dengan suami sedang tidak baik. Bahkan tatkala diminta datang untuk mengazankan zuriat mereka nanti, lelaki itu terus berdiam seribu bahasa tanpa sebarang respon.

Jangan risau, kifarah dunia takkan kekal di sini…Di sana ada balasannya

Meraih lebih 2.8 juta jumlah tontonan, ramai netizen memberikan kata-kata semangat semoga Cik Pia kuat mengharungi dugaan tersebut. Selain itu, mereka yakin Allah menyediakan hikmah terbaik untuk wanita tabah ini.

@norsufiajohari Sye MMG Xnk nangis..tp hati Sye bukan hati robot boleh di setting mood..LG sedih bile die live ramai yg support fitnah die tu..hati korg pergi mane yea? hati korg dh mati ke #sahabatbosskay jgn gelakkan ujian org Sebb mungkin belum tiba ujian korg#pregnant #tiktoker #fypシ #viral #fypシ゚viral #fypage #tiktok #fypp #tiktoker #fyp #hello2023 ♬ Sudah Tak Cinta – Ziell Ferdian

Baca Lagi:
Datuk Yusof Haslam terpaksa pujuk Syafiq kerana Syamsul Yusof
Isteri tuntut nafkah anak RM10 sehari darab dengan 13 tahun
Suami sangat alim, solat tak pernah tinggal langsung, isteri dedah sisi gelap selepas jumpa rambut palsu dalam almari
CATEGORIES