“Saya buat ini kerana Tuhan”- Lelaki Cina besarkan 3 anak Melayu selama 16 tahun raih perhatian ramai

“Saya buat ini kerana Tuhan”- Lelaki Cina besarkan 3 anak Melayu selama 16 tahun raih perhatian ramai

“Saya buat ini kerana Tuhan”- Lelaki Cina besarkan 3 anak Melayu selama 16 tahun raih perhatian ramai. Seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Michael Tong Wai atau lebih akrab dipanggil Uncle Mike telah menarik perhatian media dengan kisahnya membesarkan tiga adik-beradik yatim piatu berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Menurut laporan Harian Metro, Uncle Mike telah menjaga Rafei Ahmad Fauzi, 29 tahun, Rasyid, 28 tahun, dan Abdul Rahman, 24 tahun, sejak 16 tahun lalu seolah-olah mereka anak sendiri, menyediakan pendidikan yang lengkap termasuk pendidikan agama.

Beliau menyatakan bahawa niatnya ikhlas demi kasih sayang kepada ketiga-tiga beradik tersebut yang telah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.

"Saya buat ini kerana Tuhan"- Lelaki Cina besarkan 3 anak Melayu selama 16 tahun raih perhatian ramai

“Segala yang saya lakukan adalah kerana ketulusan hati dan kasih sayang, bukan kerana untuk mendapat pujian daripada orang lain. Bagi saya, Rafei, Rasyid, dan Rahman adalah anak-anak saya dan saya berharap kisah ini dapat menunjukkan bahawa pertolongan tidak mengenal batasan etnik.
“Saya tidak mencari balasan daripada mereka bertiga, hanya berharap agar mereka dapat hidup dengan baik. Tindakan saya ini bukan untuk mendapat pujian, tetapi dilakukan kerana keikhlasan kepada Tuhan dan kerana tidak mahu memisahkan ketiga-tiga beradik ini.
“Saya sangat gembira melihat ketiga-tiga anak ini telah dewasa, mempunyai pekerjaan, dan salah seorang daripada mereka sudah berkeluarga. Tambahan pula, saya turut diberkati dengan kedatangan dua ‘R’ baru iaitu Rayyan dan Rania, cucu-cucu yang menjadi sebahagian daripada diri saya,” katanya.

Harapannya ialah kisah mereka dapat menunjukkan bahawa kita semua tidak perlu melihat bangsa dan agama seseorang apabila ingin memberi bantuan.

“Saya bukan orang pertama yang melakukan bantuan seperti ini, orang Melayu juga telah membantu orang Cina, India, dan masyarakat lain, begitu juga sebaliknya. Ini adalah bukti bahawa kita boleh hidup secara harmoni walaupun ada segelintir yang cuba menggugat keharmonian dengan memainkan isu perkauman.

“Saya berasa sedih melihat isu perkauman ini, sebagai rakyat sebuah negara yang pelbagai etnik, kita perlu hidup bersama dalam harmoni dan keamanan kerana kita semua adalah satu keluarga,” katanya dengan lebih lanjut.

Difahami bahawa Rafei, Rasyid, dan Abdul Rahman telah dijaga oleh Uncle Mike sejak 16 tahun yang lalu selepas kematian ibu bapa mereka.

Baca Lagi:
Ini cara mudah nak tahu telur segar atau tembelang yang ramai tak tahu
Tanam jenazah jauh dari kubur lain, ini respon UAI
Kanak-kanak 3 tahun dirogol ramai-ramai dengan saudara, mayat dicampak dalam sungai
CATEGORIES