Satu Malaysia kena game?, pemilik sebenar GR Yaris Kansai ‘total lost’ dedah Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar

Photo of author

By Joe

Satu Malaysia kena game?, pemilik sebenar GR Yaris Kansai ‘total lost’ dedah Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar. Pemilik Toyota GR Yaris Kansai mendedahkan pelakon Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar kenderaan itu yang mengalami kemalangan teruk (total loss), baru-baru ini.

Menurut individu terbabit bernama Asnina Muhammad, Pekin atau nama sebenarnya, Mohd. Iznan Ibrahim hanya bertindak selaku duta yang mempromosi syarikat D One Motorsports Sdn. Bhd.

Satu Malaysia kena game?, pemilik sebenar GR Yaris Kansai 'total lost' dedah Pekin Ibrahim bukan pemilik sebenar

“Saya adalah pengarah syarikat D One Motorsports dan merupakan pemilik kenderaan itu.
“Tiada sebarang pembayaran wang tempahan dan juga tiada sebarang pembayaran deposit daripada Pekin.
“Tiada sebarang dokumen yang diberikan olehnya untuk urusan pinjaman bank bagi pembelian kereta,” katanya Asnina dalam satu kenyataan rasmi dalam Instagram.

Kata Asnina lagi, Pekin hanya menunjukkan minat untuk memberi kenderaan itu sahaja.

“Segala kos daripada proses pembelian kenderaan, servis di Kansai Service dan pembiayaan duta ke Jepun ditanggung oleh pihak kami,” katanya lagi.

Menerusi kenyataan terbabit, Asnina turut menyertakan geran kenderaan sebagai bukti kereta terbabit adalah miliknya.

Terdahulu, kereta itu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Putra Height, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dalam kejadian itu, kereta dipandu oleh rakan Pekin bernama Amirul dan turut dinaiki oleh dua rakan dikenali sebagai abang Arif dan Faiz namun tiada sebarang kehilangan nyawa direkodkan.

Media difahamkan, kereta terbabit yang dibuat khas untuk Pekin turut mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia seminggu yang lalu.

Baca Lagi:
Boleh tuntut di mahkamah, ini senarai hak perokok tegar yang ramai tak tahu
Kastam ingin siasat wanita beli 180g emas di Makkah selepas balik buat haji
Nasi lemak lobster berharga RM9.99 sahaja di jalan Tun Jugah