Satu malapetaka besar akan berlaku selepas keputusan PRU15 diisytiharkan – Tun Mahathir

Satu malapetaka besar akan berlaku selepas keputusan PRU15 diisytiharkan – Tun Mahathir

Satu malapetaka mungkin akan berlaku apabila keputusan PRU15 diisytiharkan.

Ramalan pakar berkenaan PRU15 ialah satu dari tiga buah kumpulan politik akan berjaya dan akan diri Kerajaan.

Tiga buah kumpulan ini ialah:
I. Barisan Nasional
II. Pakatan Harapan
III. Perikatan Nasional

Barisan Nasional ialah kumpulan yang dipimpin oleh penjenayah (criminals) yang bertanding untuk selamatkan diri mereka dari dipenjara.

Jika mereka jadi Kerajaan maka amalan rasuah dan curi duit Kerajaan akan diteruskan. Sudah tentu Malaysia akan menghadapi malapetaka.

Satu malapetaka besar akan berlaku selepas keputusan PRU15 diisytiharkan - Tun Mahathir

Pakatan Harapan pula akan lantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Anwar ialah orangnya yang menuduh orang Melayu utamakan hanya kaum mereka, iaitu mereka adalah racist.

Anwar juga dianggap liberal dan tidak menolak cara hidup bebas yang diamal di Barat.

Perikatan Nasional akan pilih Mahiaddin sebagai PM. Mahiaddin ialah orangnya yang melaksana rebutan kuasa melalui pintu belakang.

Dia juga dikatakan terlibat dengan rasuah berkenaan kontrak pelajaran dengan YTL.

Ketiga-tiga kumpulan ini akan mencetuskan huru-hara dan malapetaka jika mereka menjadi Kerajaan Malaysia.

Jika rakyat Malaysia ingin elak dari malapetaka apakah pilihan rakyat?

Sehingga kini penulis dan media sosial mengenepi dan menolak Gerakan Tanah Air yang bertanding dengan nama Pejuang Tanahair kerana GTA tidak didaftar oleh Kerajaan.

Pejuang mampu dipilih menjadi Kerajaan.

Pejuang meletak 125 calon dan jika disokong, Pejuang boleh membawa perubahan kepada politik negara.

Pemimpin dan calon Pejuang bersih dari segala jenayah dan berpengalaman dalam pentadbiran.

Janji Pejuang ialah untuk mendiri Kerajaan yang bebas dari rasuah dan pencurian wang Kerajaan.

Pejuang akan pegang kepada perundangan (The Rule of Law) dan Perlembagaan.

Pejuang mempunyai perancangan untuk pulih ekonomi, mengurus kewangan dengan baik, menstabilkan politik dan mengembali negara sehingga jadi Asian Tiger.

Pejuang bukan parti kecil. Pejuang juga bukan baru dari segi politik dan pentadbiran.

Di waktu ini hanya Pejuang sahaja yang berslogan Bersih, Cekap dan Beramanah.

Pilihlah Pejuang jika negara ingin elak dari huru-hara dan malapetaka.

Kita sudah lihat apa yang telah terjadi apabila, BN, PN dan PH memerintah.

Elak dari yang boleh dielak dengan memberi peluang kepada Pejuang Tanahair.

Jika tidak sebagai Kerajaan Pejuang sebagai rakan besar dalam pakatan (coalition) dengan yang bersih akan bawa banyak kebaikan.

Baca juga : 
Majlis Gereja Malaysia terkejut dengan kenyataan fitnah Muhyiddin
Wanita peniaga online alami kejadian pelik setelah terima ‘parcel’ berdarah, bunjut kuning
Muhyiddin tuduh Pakatan Harapan bawa agenda Yahudi, Kristian
CATEGORIES