Satu lagi SD ahli parlimen sokong Muhyiddin

Satu lagi SD ahli parlimen sokong Muhyiddin

Berbaki kurang empat jam sebelum tamat tempoh untuk parti politik menghantar jumlah gabungan dan calon untuk jawatan perdana menteri, Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima satu lagi surat akuan berkanun (SD) membolehkan gabungan itu membentuk kerajaan.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi satu kenyataan media pada Selasa.

“PN telah menerima satu lagi surat akuan berkanun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada Pengerusi PN, Tan Muhyiddin Yassin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Surat akuan berkanun ini telah dihantar ke Istana Negara pagi ini,” katanya.

Satu lagi SD ahli parlimen sokong Muhyiddin

Pada Isnin, Istana Negara mengumumkan tarikh akhir untuk parti politik menghantar nombor gabungan dan calon untuk jawatan perdana menteri ditangguhkan kepada 2 petang Selasa.

Bagaimanapun, PN memaklumkan sudah menghantar SD kepada Istana Negara untuk membentuk Kerajaan Persekutuan selepas mendakwa memperoleh sokongan 112 ahli Parlimen.

Baca Lagi:
Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini
“Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman” – Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media
Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *