
Satu kolej tiada air, student minta buat kelas online, tapi ini jawapan pensyarah buat ramai geram
Satu kolej tiada air, student minta buat kelas online, tapi ini jawapan pensyarah buat ramai geram. Masalah tiada bekalan air sememangnya bukanlah remeh, ia boleh menjejaskan aktiviti seharian kita.
Siapa saja yang mahu keluar dalam keadaan badan yang tidak bersih bukan? Mestilah kita nak mandi dan bersiap wangi-wangi sebelum pergi ke tempat belajar atau kerja. Kalau badan melekit, memang tak selesalah jadinya.
Namun, lain pula dengan isu yang tular baru-baru ini apabila seorang pensyarah dikatakan ‘kerek’ selepas memberikan respon kepada pelajarnya yang mengalami masalah tiada air telah mengundang kecaman ramai.
Lihat ciapan penuh itu di bawah:
Weh kesian ye adik aku. Kolej dia lama gila takde air. Lepastu ni respon one of the lecturer. Air bukan saja guna nak mandi weh. Amik wudhuk, cuci berak kencing, pastu perempuan kalau period adoiyaiii penderaan kemanusiaan namanya ni! pic.twitter.com/3BmpxnJzfR
— Qiqis 🦋 (@BalqisFazamy_) May 10, 2023
Minta buat kelas online sebab kolej dah lama tak ada air, tapi respon pensyarah pula buat ramai naik angin
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @BalqisFazamy_, gadis itu berkongsi masalah adiknya di kolej yang sudah lama terputus bekalan air.
Menurut adiknya, dia dan kawan-kawan tidak dapat pergi ke kelas kerana masalah itu dan meminta jasa baik pensyarah mereka untuk membuat kelas online.
Namun, apa yang membuatkan mereka kecewa adalah apabila salah seorang pensyarah di dalam group WhatsApp kelas mereka memberikan respon yang tidak memuaskan hati.
“Pokok pangkalnya bekalan air bersih penting untuk kelangsungan hidup termasuklah belajar di kampus. Lecturer patut lebih bertimbang rasa” – Netizen
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 7.8K retweets, 10.6K likes dan 1.6K quotes di Twitter.
Rata-rata netizen meluahkan rasa bengang kerana berpendapat pensyarah tersebut tidak mempunyai hati dan belas kasihan kepada pelajar.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Apa salahnya kalau buat online class kan? Bukannya tak boleh belajar pun.