Satu keluarga pengikut ajaran SiHulk, siap buat video pengakuan Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan. Tular di media sosial satu video menunjukkan sebuah keluarga yang dipercayai pengikut ajaran sesat selepas mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai tuhan. Allahu!
Kalau korang tengok video tu, kesemua daripada mereka memperkenalkan diri masing-masing sebelum membuat pengakuan bahawa perkara yang mereka katakan adalah benar.
Saya bersetuju bahawa Nabi Muhammad memegang jawatan Allah dan Dia juga merupakan Nabi Muhammad SAW
Perkara ini juga telah mendapat perhatian penyanyi rap, Caprice yang meluahkan rasa risau serta menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan keras terhadap dalang disebalik ajaran sesat tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
Bukan tu jer, Caprice juga meminta agar netizen tidak menyalahkan keluarga terbabit sepenuhnya kerana yang lebih penting adalah ‘ketua’ ajaran sesat itu. Betul juga kan, kalau tiada yang mengajar bukan-bukan, tidaklah mereka terikut!
View this post on Instagram