Satu keluarga bercuti di Tasik Chini, sekali esoknya ‘resort’ bertukar jadi buruk dan usang? Tasik Chini merupakan destinasi popular yang sering dilawati oleh orang ramai. Kebiasaannya, ramai yang akan menempah penginapan di kawasan sekitar itu. Namun, baru-baru ini, sebuah video yang menunjukkan sebuah keluarga mengalami situasi yang ganjil telah menjadi viral.
Dikatakan bahawa keluarga tersebut melancong ke Tasik Chini, tetapi pada keesokan paginya, mereka dapati keadaan resort itu menjadi buruk dan usang.
Pelik dengan keadaan tempat tinggal yang sunyi tanpa orang.
Menerusi video itu, terlihat sebuah keluarga sedang melancong di Tasik Chini.
Namun, apabila bangun keesokan paginya, mereka terkejut melihat keadaan resort menjadi buruk dan terbiar.
“Bangun pagi dah nampak begini, sungguh menakutkan, seperti tempat yang ditinggalkan. Kami cuba mencari jalan keluar tanpa berjaya. Akhirnya, kami meminta bantuan penduduk tempatan untuk meninggalkan Tasik Chini ini,” tulisnya.
Pemilik video muncul untuk menceritakan kebenaran
Dalam video terkini yang dimuat naik, beliau memohon maaf kepada semua atas kesilapan kerana video yang menjadi viral itu tidak benar.
Beliau menambah, niat beliau hanyalah untuk mengajak pihak berkuasa untuk memulihkan semula tempat yang pernah menjadi popular pada satu ketika dahulu.
Untuk rekod, Tasik Chini adalah salah satu destinasi pelancongan yang menarik dan wajar dijaga dengan baik agar dapat dinikmati oleh ramai orang.
@bengmus Replying to @Nurfalizah🧚 saya mohon maaf ya “Rakyat Malaysia” Melestarikan pusat pelancongan untuk merancakkan lagi ekonomi negara! Salam Madani #fyp #tasikchini #pahang @Matro ♬ Inspirational – neozilla
@bengmus Serious takut🥲🥲 #fyp #tasikchini ♬ Kali terakhir ku lihat wajahmu – Amsyarleee