Sanusi koyak teruk

Sanusi koyak teruk

Sanusi koyak teruk. Mungkin nampak seperti melawak tetapi ia membawa maksud mendalam daripada Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pasukannya tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) di Darul Aman malam tadi.

Beliau yang menyaksikan KDA FC (Kedah Darul Aman FC) tewas 1-3 kepada JDT di Stadium Darul Aman seolah mempersoalkan keputusan perlawanan dengan mendakwa gol dijaringkan lawan itu ofsaid selain lawan pula diberikan penalti.

Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Menteri Besar Kedah itu mendakwa ofsaid dan sepakan penalti boleh dibeli di tepi jalan di Kelana Jaya.

Sanusi koyak teruk

Mungkin ia tidak menjurus kepada mana-mana pihak, namun Kelana Jaya yang dimaksudnya seperti menunjukkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang terletak di Kelana Jaya.

“Tahniah JDT yang menang menentang KDAFC malam ini. Tahniah juga pemain dan penyokong KDAFC yang telah memberi komitmen terbaik. Kalah takpa jangan koyak.

“Lepas off-side dan dapat penalti dalam bolasepak memang ada juai di kedai tepi jalan di Kelana Jaya”, katanya.

Dalam aksi itu, JDT beraksi dengan 10 pemain selepas Bergson dilayangkan kad merah di babak pertama.

Walaupun kekurangan pemain, skuad Harimau Selatan tetap mampu meraih kemenangan hasil jaringan Bergson di minit 36, disusuli Leandro Velazquez (m-59) dan Safiq Fazail (m-78).

Sementara gol saguhati tuan rumah diraih menerusi Ronald Ngah di minit ke-12.

Baca Lagi:
Perdana Menteri menghadap Agong petang ini?
Ejen kosmetik Azi kongsi pengalaman 16 hari diculik buat ramai terkejut
Hanya modal RM50, lelaki dari Pulau Pinang menang jackpot RM69,637,527.25 juta terbesar dalam sejarah Malaysia
CATEGORIES