Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang

Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang

Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang. Tergamak mengaku sudah bercerai sejak empat tahun lalu sedangkan dirinya masih berstatus isteri orang.

Itu alasan diberi wanita ketika dicekup penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana disyaki berkhalwat dengan suami orang di hotel di Ujong Pasir, dekat sini, tengah malam tadi.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, helah wanita berusia 37 tahun itu terbongkar selepas pemeriksaan nombor kad pengenalannya menunjukkan dia belum bercerai.

Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang

Menurutnya dalam serbuan 12.40 tengah malam itu, wanita terbabit mendakwa sudah bercerai empat tahun lalu manakala pasangannya berusia 40 tahun mengaku sudah berkahwin namun dalam proses perceraian.

“Dia pada mulanya mendakwa teman lelakinya itu hanya datang melawatnya di situ. Malah, lelaki itu cuba keluar dari bilik hotel apabila menyedari kehadiran penguat kuasa JAIM.
“Namun, kecekapan penguatkuasa meminta dia pulang ke biliknya sebelum mendapati seorang wanita berada di dalam dan apabila ditanya kedua-dua mereka gagal mengemukakan dokumen pernikahan,” katanya selepas mengetuai operasi yang turut disertai Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama Negeri, Akmal Nadzim Abdullah.

Che Sukri berkata, mereka antara enam pasangan kekasih berusia 20 hingga 40 tahun yang ditahan.

Menurutnya, turut ditahan adalah graduan universiti berasal dari Mantin, Negeri Sembilan bersama pasangan wanita berusia 26 tahun.

Katanya, lelaki berusia 22 tahun itu memberi alasan mahu berehat di hotel bersama rakan wanitanya selepas mengambil jubah konvokesyen yang dijadualkan Selasa ini.

“Ketika pintu bilik diketuk pada 1 pagi, wanita berasal dari Gombak, Selangor itu pada mulanya mendakwa menginap di hotel itu bersama rakan wanitanya.

“Namun pemeriksaan lanjut menemui seorang lelaki bersembunyi di bawah selimut dengan hanya memakai seluar pendek.

“Apabila disoal, lelaki itu mengaku menginap di situ untuk menyelesaikan beberapa perkara selepas mengambil jubah konvokesyennya, dan kedua-dua mereka juga gagal mengemukakan dokumen pernikahan,” katanya.

Semua enam pasangan itu dibawa ke pejabat JAIM untuk siasatan mengikut Seksyen 53 (1) dan (2) Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

Baca Lagi:
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
Manager dengki dengan pekerja perempuan sebab cantik dan pakai Honda, dipaksa buat OT seminggu
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
CATEGORIES