Sanggup buat video hina polis di TikTok, rupanya sebab ini je..

Sanggup buat video hina polis di TikTok, rupanya sebab ini je..

Sanggup buat video hina polis di TikTok, rupanya sebab ini je.. Padah menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di media sosial TikTok, seorang penganggur ditahan di kediamannya di Permas Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat berkata suspek berusia 22 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menerima maklumat berhubung video tular itu pada jam 5 petang hari sama.

Katanya tajuk video terbabit secara langsung adalah satu penghinaan keoada PDRM secara keseluruhannya.

Sanggup buat video hina polis di TikTok, rupanya sebab ini je..

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis mengesan pemilik video TikTok yang tular dan berjaya menahan lelaki itu.

“Polis berjaya merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuat naik video terbabit di aplikasi TikTok.

“Suspek dipercayai berbuat demikian dengan alasan mengejar populariti dan tumpuan daripada pengguna TikTok yang lain, “katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, pihaknya menasihati semua pengguna media sosial agar tidak sewenangnya memuat naik video dengan kandungan yang boleh menimbulkan fitnah dan kebencian masyarakat terhadap pihak penguatkuasa terutama polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998, “katanya.

Baca Lagi:
Ejen kosmetik diculik ke Thailand sudah ditemui
Akhirnya Ejen kosmetik berjaya diselamatkan, polis beritahu bagaimana dia ditemui
Keluarga ejen kosmetik terkejut masih tak percaya diselamatkan, ini sebabnya..
CATEGORIES