Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan. Setiap kejayaan itu bermula dari usaha, dan puncak yang dicapai itu bermula dari bawah. Itulah yang boleh digambarkan buat dua anak muda ini.

Dengan mempertaruhkan kombinasi kopi dan pulut, siapa sangka bisnes yang dahulunya hanya bermula di rumah, kini sudah mula dikenali serta menjadi sebutan ramai.

Bertemankan sebuah van usang dan sekaki payung comel berwarna putih, dua wanita ini memberanikan diri membuka gerai kecil di tepi jalan dengan menjual sarapan ‘unik’ pada waktu pagi.

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

Berkongsi cerita di sebalik penubuhan gerai mereka, Nor Fazrina Fazrin Hassan, (27 tahun) dan Iffah Irdina (25 tahun) berkata, segala-galanya bermula pada 2019 iaitu selepas kedua-duanya menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda.

Dua wanita di sebalik gerai bernama ‘Pulut & Kopi’ ini adalah pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang masing-masing sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana (master).

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

“Kami saling mengenali dan bersahabat baik ketika masing-masing menuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Selepas tamat degree pada 2019, kami mula jual pulut berserta rendang secara online. Kami COD (cash on delivery) kepada pelanggan.

“Bila nak sambung master, kami teruskan bisnes ini… susah juga kalau belajar dan bekerja dengan mana-mana company sebab terikat. Lebih mudah jika bekerja sendiri sebab kita boleh manage masa sendiri.

“Bermula Februari 2021, kami beranikan diri buka gerai kecil tepi jalan di Bandar Teknologi Kajang. Konsep yang kami ketengahkan adalah ‘old school’ untuk tampilkan kelainan,” ujar Iffah Irdina atau lebih senang disapa Irdina.

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

“Mula-mula lagi kami dah berdepan cabaran… kami naik motor je COD kepada pelanggan. Kemudian bila nak buka gerai, kami ragu-ragu juga. Boleh ke orang terima kombinasi pulut dan kopi. Tapi kami tekadkan juga.

Menurut Irdina, pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi mereka pada peringkat awal pembukaan gerai tersebut sebelum berada pada tahap sekarang.

“Kami beli van usang dari jiran dengan harga RM200 secara tunai hasil berniaga. Kami belanjakan RM600 untuk baiki sebab van tu dah tak bergerak tiga tahun. Kemudian beli payung putih kena dengan konsep yang diketengahkan.

“Dan kalau sebut gerai tepi jalan, sudah tentu cabaran utama adalah cuaca. Pernah juga pulut yang dijual tak sempat habis kerana hujan,” ujarnya yang merupakan penuntut jurusan Statistik.

“Bila dah buka gerai, cabaran seterusnya adalah macam mana nak tarik pelanggan. Ambil masa juga sebelum dapat sambutan. Kami bekerja keras buat marketing sendiri di media sosial.

Pulut yang dijual di gerai mereka terdiri daripada tiga menu iaitu pulut rendang ayam kuning, pulut rendang daging hitam dan pulut balado bilis petai, beserta 16 variasi air kopi.

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

“Rutin kami bermula seawal pukul 4 pagi. Selepas selesai masak, kami buka gerai dan tutup sekitar 3 petang. Waktu malam kami kena masuk kelas pula. Sememangnya agak letih tapi kami puas.

“Pulut kami masak sendiri di rumah. Resepi dari ibu saya… kami bermula dengan kosong, dan dalam tempoh lima bulan belajar masak pulut, dah boleh buat sendiri. Sekarang menanak lima kilogram pulut setiap hari, dan 10 kilogram pada hari minggu.

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

“Lebih-lebih lagi bila dapat sambutan ramai yang boleh terima kombinasi pulut dan kopi. Paling terharu, ada yang datang jauh seperti Melaka, Pulau Pinang, Perak dan sebagainya,” ujar Fazrin yang merupakan penuntut jurusan Media Baru dan Visual.

“Buat orang muda yang nak ceburi bisnes, cuba sahaja dan kena berani. Paling penting, cuba jadi kreatif…. cari kelainan. Kalau sama, susah juga sebab ada persaingan. Dan, yakin dengan konsep yang diketengahkan,” ujar mereka lagi.

Setahun berniaga di gerai tepi jalan, impian mereka untuk membuka sebuah kafe telah direalisasikan.

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

Bermacam-macam dugaan mereka telah tempuh seperti berhujan dan berpanas, payung patah dan sebagainya. Berkat tidak mudah putus asa dan sokongan diberikan pelanggan, maka mereka berjaya membuka kedai Pulut dan Kopi sendiri.

Sanggup beli van buruk RM200 untuk berniaga jual pulut & kopi, tapi hasilnya amat mengejutkan

Menariknya, rekaan kedai mereka minimalis dan juga aestetik yang pastinya akan menarik lebih ramai pelanggan. Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat kepada mereka dan akan selalu menyokong usaha mereka.

Baca Lagi:
Lembaga Zakat terkejut makcik tinggal dirumah usang, tapi ada set bernilai RM1.7juta
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
Minta pertolongan ‘dewa’, wanita dari Perak menang jakpot toto RM20.75 juta
CATEGORIES