Sangat luar biasa, guru berbelit lidah nak sebut nama pelajar

Photo of author

By Joe

Sangat luar biasa, guru berbelit lidah nak sebut nama pelajar. Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan senarai nama pelajar sebuah bilik darjah dengan salah satu daripadanya dikatakan amat sukar untuk disebut dan dieja, lapor program berita Liputan6 hari ini.

Dalam hantaran gambar dan video yang dikongsikan di platform X atau sebelum ini dikenali sebagai Twitter, seorang guru berkongikan senarai nama para pelajarnya.

Nama-nama yang dipaparkan pada senarai itu sebahagian besarnya agak panjang dan unik bagi nama Indonesia.

Sangat luar biasa, guru berbelit lidah nak sebut nama pelajar

“Luar biasa namanya. Takut tersalah eja ketika menulis,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Dalam video yang dikongsikan itu juga, guru tersebut bertanyakan cara menyebut salah satu nama yang dianggapnya paling sukar.

“Murid-murid, bagaimana mahu menyebut nama bernombor 19 ini?” soal guru itu.
“Revaveroesy Veisaqireina Mulawarman,” jawab pemilik nama tersebut dengan lancar.

Guru tersebut kemudian mengeja kembali nama itu dengan perlahan dan tersekat-sekat sambil berkata: “Namanya susah sangat.”

Ia kemudian disambut dengan gelak ketawa murid-murid dalam kelas tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen pengguna media sosial.

“Jangan disalahkan Generasi Z kerana yang memberikan nama mereka sudah pasti ibu bapa generasi Milenial,” kata seorang netizen.

“Ini belum tentu ibu dan bapanya tahu nama lengkap anaknya sendiri,” kata pengguna lain.

Baca Lagi:
Wanita ada 30 penyakit personaliti yang jarang dijumpai, pukul rakan hingga pecah darah satu muka
“Ibarat haruan makan anaknya”, Bapa umur 53 tahun dijel 702 tahun, 234 sebatan
Lelaki swap Iphone 14 Pro Max dengan Proton Wira enjin 1,600cc, ramai netizen puji ia satu tindakan yang bijak