Salahuddin Ayub meninggal dunia

Photo of author

By Joe

Salahuddin Ayub meninggal dunia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub meninggal dunia pada usia 61 tahun malam ini.

Anak kepada allahyarham timbalan presiden Amanah itu, Fatihah Salahuddin memaklumkan pemergian bapanya pada hantaran di media sosial.

Salahuddin Ayub meninggal dunia

“Dukacita dimaklumkan ketua keluarga kami, Salahuddin Ayub telah menghadap Ilahi pada pada 9.23 malam, 23 Julai 2023,” katanya.

Ahli parlimen Pulai itu telah dikejarkan ke hospital di Alor Setar pada Jumaat dan doktor mengesan dia mengalami pendarahan otak.

Allahyarham telah menjalani pembedahan kecemasan dan sejak itu diletakkan bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Salahuddin meninggalkan seorang balu Fatimah Taha dan enam orang cahaya mata.

Baca Lagi:
Orang ramai diminta henti sebar berita palsu kematian Salahuddin Ayub – Setiausaha Akhbar
“Potong kat perut, naik dekat muka”, perubahan wajah Rina Harun jadi bualan netizen, dagu makin pelik
Lelaki didenda RM16,456 kerana beri makan roti kepada burung merpati sebanyak 16 kali