Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa

Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa

Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa. Siapa boleh lupa insiden usahawan sensasi Nur Sajat tampil bertelekung ketika menunaikan ibadah umrah di Makkah hampir tiga tahun lalu.

Tindakan tersebut menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam di Malaysia khususnya yang menyifatkan perbuatannya itu sebagai biadab selain berani mempersendakan hukum Allah di Tanah Suci.

Terbaharu, Sajat, 37, mendedahkan dia terpaksa ‘menutup’ aurat dengan berpakaian sebagai seorang wanita Muslimah sepanjang berada di sana disebabkan arahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa

“Dekat Makkah itu memang saya kena pakai macam itu. Lillahi Ta’ala, sumpah. Memang saya sampai di Imigresen, mereka suruh saya pakai tudung, suruh saya solat pakai telekung,” katanya.

Sajat berkata demikian ketika siaran langsung di TikTok bagi menjawab soalan daripada pengikutnya.

Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa

Pemilik nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruzaman ini turur bersumpah di atas nama kedua ibu bapanya bahawa dia tidak menipu tentang perkara berkenaan.

Kata Sajat, sekiranya dia menipu, maka ibu bapanya akan meninggal dunia.

“Lillahi Ta’ala, sumpah, Lillahi Ta’ala… kalau saya menipu, matilah mak ayah saya,” katanya.

Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa

Sebelum ini, pemergian Sajat ke Tanah Suci menjadi bualan hangat apabila tular gambar usahawan itu yang memakai jubah putih, berjaket denim tanpa mengenakan tudung ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Namun, tindakan Sajat memuat naik foto memperlihatkan dirinya memakai tudung ketika berada di dalam pesawat mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

Tidak hanya itu, Sajat turut membuat video lengkap bertelekung putih ketika mengerjakan umrah.

@hanalavenda WALLAHUALAM , sajat sampai bersumpah bagai… #umrah #pakaitelekung ♬ original sound – HanaLavenda 🕊

Baca Lagi:
Pasangan Gay beromen dalam surau di Banting
Bantuan E-Wallet khas untuk rakyat Malaysia RM200
Macam ni rupanya Siti Nurhaliza merajuk, lain pula jadi kalau Datuk K panggil
CATEGORIES