Sajat kemurungan hampir dirogol lelaki perniagaan berbangsa Arab- ‘Saya tak melawan sebab ni je’

Sajat kemurungan hampir dirogol lelaki perniagaan berbangsa Arab- ‘Saya tak melawan sebab ni je’

Sajat kemurungan hampir dirogol lelaki perniagaan berbangsa Arab- ‘Saya tak melawan sebab ni je’. Usahawan Malaysia yang bertapak di Australia, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau popular dengan panggilan Sajat berdepan detik cemas apabila hampir diperkosa oleh seorang lelaki di premis perniagaan miliknya pada 17 Februari lalu.

Menurut usahawan berusia 38 tahun itu, dia mengalami keresahan dan kemurungan akibat daripada kejadian tersebut sehingga perlu menjalani rawatan terapi berkaitan kesihatan mental.

Sajat berkata, bagaimanapun suspek yang dikatakan berbangsa Arab itu sudah berjaya ditahan sekali gus menjadi siasatan pihak polis negara tersebut.

Sajat kemurungan hampir dirogol lelaki perniagaan berbangsa Arab- 'Saya tak melawan sebab ni je'

“Dua minggu lepas, saya kena ugut. Ada seorang lelaki ni, dia cuba nak perkosa terhadap saya. Tu punca saya tak buka kedai sebab tengah ‘anxiety’.

“Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental..

“…serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung di media sosial yang dimuat naik semula di akaun ‘Jesica Zaman’ di laman Facebook.

Bercerita lanjut, Sajat berkata suspek sebelum ini pernah menjadi pelanggan di premisnya yang dipercayai menyediakan rawatan kecantikan seperti ‘waxing’ atau membuang bulu pada bahagian tubuh badan.

Suspek kemudian kembali sekali lagi seolah-olah mahu mengambil kesempatan sebelum ‘menyerang’ usahawan berkenaan ketika bersendirian di premis pada hari kejadian.

“Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam (cekik) leher, tampar muka. Saya tak melawan sebab kalau buat begitu, keadaan akan jadi lebih teruk.

“Saya kata, saya akan buat apa sahaja yang awak mahu. Dia buka semua pakaian, saya pun cuba ‘pujuk’ dia untuk tidak berbuat begitu,” ujarnya.

Namun, Sajat tidak berkongsi lebih lanjut detik-detik dia melepaskan diri tetapi bersyukur kerana mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dijadikan sebagai bukti.

Baca Lagi:
‘Apa yang dibuat dulu, dia dah dapat balasan sekarang’, wanita ini dedah pelakon wanita tengah viral sekarang pernah buli dirinya waktu sekolah
Syarikat perkapalan gergasi umum bonus 11 bulan gaji untuk 3,100 orang pekerja
Ini kisah sejarah Kicap Cap Kipas Udang yang korang selalu makan tu
CATEGORIES