Sajat buat hal lagi, kali ni tayang body di TikTok

121558423 nur e1654878396230

Sajat buat hal lagi, kali ni tayang body di Tiktok.

Tindakan usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat menayang badannya di aplikasi TikTok menimbulkan rasa kurang senang kaum wanita.

Menerusi video tersebut, Sajat yang kini berada di Australia hanya mengenakan pakaian seakan bikini, sekali gus menampakkan keseluruhan badannya.

Sajat buat hal lagi, kali ni tayang body di tiktok

Sajat menjelaskan, dia mahu menggelapkan kulitnya dengan menggunakan satu produk khas dan hasilnya dapat dilihat selepas proses itu selesai.

“Saya sangat gembira, ‘self tanning’, saya sangat teruja,” katanya ringkas.

Sementara itu, rata-rata pengguna TikTok khususnya kaum wanita merasa kurang senang dengan video itu berikutan dilihat sebagai tidak menjaga maruah mereka.

Sebelum ini, nama Sajat sering meniti di bibir netizen selepas usahawan itu sering mencipta pelbagai kontroversi termasuk pengakuan telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Baca Lagi:

[VIDEO] Cara nak dapatkan towing secara percuma jika kereta anda rosak di tepi jalan

Persoalan angkat tangan ketika doa khutbah Jumaat, perlu angkat tangan atau tak?

‘Tak boleh bayangkan kalau anak yang kena’ hati-hati guna sudip kayu, boleh bahayakan diri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *