Saiz zakar lelaki Malaysia antara 10 last dari 87 negara, dengar penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa ‘down’

Saiz zakar lelaki Malaysia antara 10 last dari 87 negara, dengar penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa ‘down’

Saiz zakar lelaki Malaysia antara 10 last dari 87 negara, dengar penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa ‘down’. SAIZ zakar merupakan satu topik yang cukup sensitif untuk dibincangkan di seluruh dunia.

Analisis kajian zakar terbesar dunia yang dibuat oleh farmasi dalam talian, From Mars’ mungkin ‘mengecewakan’ ramai kaum lelaki terutama sekali di negara kita.

Mana tidaknya, keputusan kajian menunjukkan lelaki di Malaysia berada pada kedudukan 10 terbawah iaitu nombor 79 daripada 87 buah negara dari segi saiz zakar.

Saiz zakar lelaki Malaysia antara 10 last dari 87 negara, dengar penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa 'down'

Rata-rata lelaki Malaysia mempunyai panjang zakar 11.49cm ketika ereksi, manakala satu lagi negara Asia iaitu Vietnam mencatatkan purata ukuran 11.48cm dan berada pada ranking ke-80.

Ecuador pula menduduki tangga paling atas dengan saiz zakar ketika ereksi berukuran 17.61cm dan Kemboja di ranking paling bawah dengan saiz 10.04cm ketika tegang.

Untuk memudahkan perbandingan, telefon pintar jenama iPhone 12 mini mempunyai ukuran ketinggian 13.2cm.

Saiz zakar lelaki Malaysia antara 10 last dari 87 negara, dengar penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa 'down'

Namun, adakah memiliki kemaluan bersaiz kecil ini merupakan perkara memalukan bagi kaum lelaki?

mStar mendapatkan penjelasan daripada Dr Muhamad Hazwan Nazri mengenai isu ini yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki.

“Sebenarnya saiz zakar kecil ini boleh jadi isu ‘body shaming’ terutama sekali melibatkan lelaki obesiti (berbadan gempal).

“Ini disebabkan masalah berat badan berlebihan mempunyai kaitan dengan testosterone dan juga tumbesaran zakar.

“Ia memang satu perkara memalukan tapi bukanlah satu isu besar kerana tahap kesuburan dan kepuasan yang diberikan kepada pasangan kita yang lebih penting,” katanya yang lebih dikenali sebagai Dr Wan di media sosial.

Dr Wan turut mengulas mengenai perdebatan panas di media sosial mengenai tahap kepuasan wanita sekiranya pasangan mereka memiliki saiz kemaluan yang kecil dan pendek.

Saiz zakar lelaki Malaysia antara 10 last dari 87 negara, dengar penjelasan doktor ini kalau tak nak rasa 'down'

Kata Dr Wan, bagi golongan wanita mereka lebih mementingkan cara dan layanan yang diberikan ketika bersama berbanding saiz zakar pasangannya.

“Kecil, besar saiz kemaluan bukan penentu. Size doesn’t matter. Kajian sebelum ini menunjukkan perempuan lebih suka kepada kepuasan layanan ketika bersama.

“Saiz dan durasi ketika bersama adalah dua perkara berbeza. Kalau saiz besar tapi waktu ‘bersama’ tu sekejap saja, perempuan tak akan puas. Beza pula jika saiznya kecil, tetapi lama, mereka berasa puas.

“Kalau nak bincangkan fasal saiz ni, sebenarnya tak ada isu sangatlah bagi warga Malaysia,” ujarnya lagi.

@drwanshare Fakta size “ bebird lelaki malaysia “ sangat memalukan kita…🤣 Ayuh laki, bangkit pertahankan!! lol…#dr1share #tiktokguru #shouldbeme ♬ original sound – DR1 SHARE

Dalam pada itu ada juga sesetengah lelaki yang menganggap kemaluan kecil sebagai memalukan sehingga mengambil inisiatif menggunakan produk yang banyak dijual di pasaran untuk membesarkan saiz sedia ada.

Malah, terdapat juga kaedah perubatan yang dapat membantu membesarkan zakar secara kekal dan sementara.

Dr Wan menegaskan, walaupun terdapat banyak kaedah boleh dilakukan, tetapi sekiranya membesarkan zakar untuk tujuan kosmetik, hukumnya adalah haram dari segi agama Islam.

Sebagai contoh, membesarkan zakar dibolehkan jika kawasan atau fizikal pada bahagian ini mengalami cacat cela atau bersaiz lidi kerana ia bukanlah saiz atau bentuk normal alat sulit lelaki.

“Sebenarnya urutlah menggunakan minyak apa sekali pun termasuk minyak lintah, tidak akan menjadikan kemaluan lebih panjang. Bagaimanapun, teknik urutan yang betul mempunyai kaitan dengan aliran darah dan membantu mengubah sedikit saiz dan bentuk kemaluan.

“Dari segi pengambilan ubat pula, ia sebenarnya berfungsi sebagai mekanisme merangsang pengaliran darah dan mengembangkan salur darah kawasan kemaluan menjadikan zakar tegang lebih lama.

“Namun, ada beberapa risiko terpaksa ditanggung oleh individu tersebut di mana terdapat kes kematian atau jangkitan kuman disebabkan pembesaran saiz kemaluan,” ujarnya lagi.

Dr Wan bagaimanapun berkata, dalam isu ini kita harus kembali kepada fitrah manusia di mana ukuran pemanjangan vagina wanita hanyalah sekitar 15cm hingga 18cm sahaja.

Jadi, walaupun saiz kemaluan lelaki yang kecil bukanlah satu masalah selagi ia boleh masuk ke dalam kemaluan perempuan dan memberikan kepuasan bersama.

“Pada pandangan saya, kepuasan bersama adalah lebih penting berbanding saiz. Walaupun saiz kecil, tetapi ia dapat puaskan isteri dan mengharmonikan rumahtangga sudah mencukupi.

“Maka sebenarnya apa yang telah diciptakan Tuhan untuk kita itu adalah perkara terbaik buat diri kita. Tidak memerlukan pembedahan atau ubah suai.

“Tetapi teknik untuk bersama itu yang perlu dipelajari. Itu yang lebih penting bagi saya,” ujarnya.

Baca Lagi:
Syamsul Yusof dapat gelaran Datuk?, antara Ira Kazar dan Puteri Sarah siapa Datinnya..
Senarai penuh Bantuan Rakyat melalui Belanjawan 2023
Belanjawan 2023: Berita baik buat golongan B40, sumbangan wang tunai sehingga RM3,100
CATEGORIES