Saintis UK dakwa pemberian vaksin kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah sia-sia

19122021 40 2 pfizer gagal

Saintis UK dakwa pemberian vaksin kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah sia-sia. Seorang saintis di United Kingdom (UK) mendakwa pemberian vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak yang sihat adalah sia-sia sahaja kerana sebahagian besar golongan itu dijangkiti varian Omicron ringan dan sudah pulih.

Lapor Daily Mail, Panel Penasihat Program Vaksinasi Britain dijangka membuat pengumuman mengenai pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada minggu ini.

Baca lagi:  Penembak tepat Taliban berusia 25 tahun menjadi Datuk Bandar

Ketika ini, hanya kanak-kanak dalam kumpulan umur itu yang secara klinikal terdedah kepada virus atau tinggal bersama ahli keluarga, ditawarkan suntikan vaksin Covid-19 di Britain.

 

Saintis UK dakwa pemberian vaksin kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah sia-sia
Gambar hiasan

Baca lagi: Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Menurut pakar penyakit berjangkit dari Universiti East Anglia, Prof. Paul Hunter, langkah menawarkan vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak 5 hingga 11 tahun dilihat tidak membawa perbezaan yang ketara.

Kenyataan beliau disokong oleh satu laporan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Britain yang menganggarkan hampir tiga perempat kanak-kanak berumur 8 hingga 11 tahun sudah mempunyai antibodi Covid-19, setakat 10 Januari lalu.

Laporan tersebut mendedahkan risiko jangkitan teruk adalah lebih rendah dalam kalangan kanak-kanak sihat, dengan hanya enam golongan itu meninggal dunia akibat virus pada tahun pertama pandemik di England.

Baca lagi:  Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Data di United Kingdom (UK) juga menunjukkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menawarkan perlindungan sekurang-kurangnya 10 peratus terhadap varian Omicron.

Justeru, Hunter berkata, beliau tidak akan mengesyorkan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun yang sihat untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Pada September lalu, Jawatankuasa Bersama Vaksinasi dan Imunisasi (JCVI) memperluaskan program imunisasi kepada remaja berusia 12 hingga 15 tahun bagi melindungi dan mengelak sebarang gangguan selanjutnya terhadap pendidikan mereka.

“Kita masih belum melihat keberkesanan vaksin dalam menghentikan gangguan ini.

“Jadi, saya rasa manfaatnya adalah kecil dan mungkin sudah terlambat kerana kebanyakan kanak-kanak sudah mempunyai virus Omicron,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.