Saintis temukan 13 jenis ‘virus zombie’ berusia 48,500 tahun di Rusia

Saintis temukan 13 jenis ‘virus zombie’ berusia 48,500 tahun di Rusia

Saintis temukan 13 jenis ‘virus zombie’ berusia 48,500 tahun di Rusia. Sekumpulan saintis Eropah menemukan beberapa sampel virus zombi termasuk berusia 48,500 tahun lalu yang tertanam di bawah permukaan ais di Siberia, Rusia.

Sky News melaporkan, saintis mengkaji sampel purba berkenaan dan menemukan 13 jenis virus zombi.

Kajian Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis yang diketuai Jean-Marie Alempic mendedahkan, satu daripada virus itu masih boleh berjangkit selepas terperangkap dalam ais lebih 48,500 tahun lalu.

Saintis temukan 13 jenis 'virus zombie' berusia 48,500 tahun di Rusia

Virus itu, yang dikenali sebagai pandoravirus, hanya menjangkiti organisma sel tunggal dan tidak boleh memberikan risiko ancaman kepada manusia.

Kajian itu yang belum disemak, menyatakan setakat ini terdapat penyelidikan terhad terhadap virus hidup yang ditemui dalam ais.

Penulis mengatakan, ini menunjukkan kejadian seperti itu jarang berlaku dan virus zombi bukan ancaman kesihatan awam.

Pasukan dari Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis itu berkata, penyelidikan lanjut perlu dijalankan bagi membuat penilaian kesan termasuk bahaya yang mungkin menanti daripada virus itu kerana perubahan iklim menyebabkan landskap beku mencair.

“Satu perempat daripada hemisfera utara didasari dengan tanah beku kekal yang disebut sebagai permafrost.

“Disebabkan pemanasan iklim, permafrost yang mencair tidak dapat dipulihkan membebaskan bahan organik beku hingga ada yang berusia sejuta tahun, kebanyakannya terurai menjadi karbon dioksida dan metana sekali gus meningkatkan lagi kesan rumah hijau.

“Sebahagian daripada bahan organik ini juga terdiri daripada mikrob selular yang dihidupkan semula serta virus yang kekal tidak aktif sejak zaman prasejarah,” demikian menurut laporan kajian itu.

Baca Lagi:
Kisah sebenar kereta Perodua Aruz yang diconteng perkataan ‘janda’ tular akhirnya terjawab
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
CATEGORIES