Saintis ramal ‘Kiamat Internet’ akan berlaku, matikan talian internet bertahun-tahun

Saintis ramal ‘Kiamat Internet’ akan berlaku, matikan talian internet bertahun-tahun

Saintis ramal ‘Kiamat Internet’ akan berlaku, matikan talian internet bertahun-tahun. Sekumpulan saintis memberi amaran mengenai kejadian ribut besar di angkasa lepas yang mampu mencetuskan keadaan digelar ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kejadian itu diramal akan menyebabkan gangguan talian selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun dengan merosakkan satelit dan talian kuasa, kata saintis.

“Berdasarkan data yang tersedia, terdapat kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.

“Namun, kami tidak tahu bagaimana untuk meramalkannya atau apa kemudaratan yang mungkin berlaku disebabkannya. Kemungkinan ini agak membimbangkan, dan meletakkan asas untuk penyelidikan lanjut,” kata Dr. Benjamin Pope dari Universiti Queensland di Australia.

Saintis ramal 'Kiamat Internet' akan berlaku, matikan talian internet bertahun-tahun

Pasukan saintis itu menggunakan lapisan pada batang kayu untuk meramalkan fenomena sedemikian.

“Letusan besar sinaran kosmik yang dikenali sebagai Peristiwa Miyake ini berlaku kira-kira sekali setiap 1,000 tahun tetapi puncanya tidak jelas.

“Teori utama adalah letusan suria yang besar. Kita perlu mengetahui lebih lanjut kerana jika salah satu daripadanya berlaku hari ini, ia akan memusnahkan teknologi termasuk satelit, kabel internet, talian kuasa jarak jauh dan transformer.

“Kesan ke atas infrastruktur global juga tidak dapat dibayangkan,” tambah Pope.

Baca Lagi:
Sajat mula dedah siap bersumpah atas nama mak ayah, tindakan bertelekung ketika buat umrah dulu sebenarnya atas suruhan pihak berkuasa
Lebih 40,000 peniaga burger di Malaysia bakal gulung tikar
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
CATEGORIES