Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar ‘Budak Turkana’

Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar ‘Budak Turkana’

Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar ‘Budak Turkana’. Apa yang membezakan manusia dengan cimpanzi? Jawapan paling mudah adalah akal. Kepintaran minda merupakan anugerah pada manusia, sesuatu yang tiada dalam kalangan haiwan.

Walau bagaimanapun, jawapan ini tidak relevan kalau dalam penyelidikan arkeologi. Takkan mungkin ada bukti kepintaran minda pada rangka bertulang.

Jadi pakar-pakar antropologi dan arkeologi menyiasat satu keunikan fizikal yang hanya ada pada manusia.

Cimpanzi misalnya membesar secara konsisten. Manusia pula lengkap dengan fitrah lonjakan tumbesaran (growth spurt) yang berlaku antara usia remaja dan dewasa.

Apabila sebuah rangka fosil ditemui, saintis akan menyiasat banyak perkara. Antaranya adalah lonjakan tumbesaran, yang menjadi bukti kukuh fitrah seorang manusia.

Penemuan fosil KNM-WT 15000 amat mengejutkan saintis, selepas ditemui di tebing Sungai Nariokotome yang terletak tidak jauh daripada Tasik Turkana dalam negara Kenya (Stefoff, 2009).

Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar 'Budak Turkana'

Ketika ditemui, saintis berdebat jika ini manusia atau cimpanzi.

Setelah mengesahkan bahawa fosil KNM-WT 15000 ada bukti lonjakan tumbesaran, saintis terus memberi nama yang berpadanan dengan fitrah manusiawi.

Fosil ini dinamakan “Budak Turkana” atau “Budak Nariokotome” sempena lokasi penemuan.

Dan kajian-kajian susulan mengenal pasti usia rangkanya iaitu dalam lingkungan antara 1.5 juta hingga 1.6 juta tahun yang lalu.

Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar 'Budak Turkana'

Rangka penuh Budak Turkana.

Lingkungan ini mengesahkan Budak Turkana dalam kategori Homo ergaster (manusia pekerja). Jantinanya tidak dapat dikenal pasti, oleh kerana ajalnya terlalu awal iaitu sekitar usia 7 hingga 11 tahun sahaja (Graves, et al., 2010).

Pandangan para saintis berbelah bahagi. Pendapat Alan Walker dan Richard Leakey adalah, Budak Turkana meninggal dunia ketika berusia 11 hinga 12 tahun… kalau ikut pada kematangan tulang. Cuma siasatan pergigian meletakkan usia tidak sampai lapan tahun.

Saintis Christopher Dean bersetuju dengan usia lapan tahun. Dan ketiga-tiga mereka berpendapat jantina Budak Turkana lebih berat ke arah unsur kelelakian kalau tengok pada struktur tulang dan bentuk gigi.

Menyingkap Ciri-Ciri Morfologi Rangka

Budak Turkana sekalipun berusia 12 tahun sebelum meninggal dunia sebenarnya sangat tinggi. Tengok pada rangka saja, tingginya sudah mencecah 160 sentimeter.

Saintis membuat anggaran ketinggiannya mampu cecah 185 sentimeter jika diberi beberapa tahun lagi. Dari segi berat pula, Budak Turkana berada dalam lingkungan 48 kilogram.

Ruangan pinggulnya lebih kecil kalau dibandingkan dengan manusia moden (Homo sapiens).

Jadi kalau banding dengan Homo sapiens, Budak Turkana dijangka boleh berjalan lebih jauh dan panjat pokok untuk petik buah lebih baik.

Ciri-ciri fizikal ini semestinya terjadi oleh kerana faktor evolusi manusia, hasil daripada aktiviti yang lasak senantiasa (Wong, 2012).

 

Saintis dedah muka manusia yang hidup jutaan tahun lalu digelar 'Budak Turkana'

Digital reconstruction Budak Turkana.

Kerohanian Budak Turkana didapati hampir sama seperti manusia moden. Saiz otaknya lebih besar.

Daripada rangka, saintis menemui sisa-sisa yang membuktikan kelenjar peluh sangat banyak.

Kelenjar-kelenjar ini bantu menyejukkan badan dengan pantas. Tambah pula saiz Budak Turkana tinggi yang membolehkan badannya “tampung haba” (heat retention).

Penemuan Sampingan Di Sekitar Rangka

Kebiasaannya, rangka fosil ditemui dalam keadaan bersama segala kelengkapan alat batu. Budak Turkana ditemui seorang sarjana arkeologi bernama Kamoya Kimeu pada tahun 1984.

Kimeu terjumpa bukti-bukti fosil lain seperti peralatan batu yang mengesahkan fitrah manusiawi Budak Turkana. Bermakna manusia sudah wujud di muka bumi ini sekurang-kurangnya 1.5 juta tahun yang lalu.

Peralatan ini juga didapati selaras dengan kemampuan Budak Turkana. Teknologi imbasan mendapati rangka ini lengkap dengan “struktur sosial”.

Ruangan tempurung kepala Budak Turkana ada otak yang cukup matang untuk memfitrahkan bahasa.

Dijangka bahasa digunakan Budak Turkana ringkas tanpa perlu bernafas terlalu banyak. Perkara ini dikenal pasti berdasarkan ruangan tekak/leher Budak Turkana.

Boleh memburu dengan peralatan. Boleh bercakap dengan lenggok bahasa tempatan. Dan boleh berfikir.

Tetapi mesti ada yang hentak-hentak kaki merengek kata ini bukan manusia.

Baca Juga : Terdedah kepada peranti secara melampau punca kanak-kanak lambat bercakap meningkat

[VIDEO] Nelayan panik dikejar makhluk laut mata menyala

Jika mahu anak anda bijak pandai, elakkan buat perkara ini..

[VIDEO] Perompak lari lintang-pukang selepas ditengking oleh wanita

[VIDEO] Insiden pergaduhan di Padang Kota Lama bukan kerana ‘berebut pelanggan’.

CATEGORIES
TAGS