“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir DS VIDA

Photo of author

By Joe

“Sah ke solat pakai kanopi?”, netizen sindir DS VIDA. Telekung ‘pelik’ dengan kain meleret di lantai yang dipakai usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida, 52, ketika menunaikan solat tarawih di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naiknya di media sosial.

Telekung yang dipakainya dilihat bersaiz terlalu besar ukuran diameternya sama seperti rekaan busana yang pernah dipakainya ketika muncul di acara Gempak Most Wanted 2022 pada Februari lalu.

Dalam keterangan video itu, Vida, 52, meluahkan kesyukuran selepas selesai menunaikan solat tarawih pertama malam tadi.

"Sah ke solat pakai kanopi?", netizen sindir DS VIDA

“Alhamdulillah, solat tarawih pertama malam ini (semalam). Salam Ramadan dari saya. Selamat berpuasa semua umat Islam,” tulisnya.

Yang mencuit hati adalah komen-komen netizen dalam ruangan komen hantaran di Instagramnya itu.

“Sah ke, solat pakai kanopi?” soal seorang netizen.

“Saf belakang sujud. Bila bangun dari sujud, dah masuk alam lain,” tulis netizen lain.

“Ini, kalau saya beli, makcik, nenek saya pun boleh tumpang telekung sekali,” tulis seorang lagi netizen.

Dalam video yang dimuat naik, Vida kelihatan sedang berdiri di ruang legar depan pintu masuk utama masjid itu, lengkap bertelekung putih bersaiz besar itu.

Namun, berdasarkan pengamatan, video itu mungkin bukan video yang diambil semalam memandangkan tidak ramai jemaah lain yang berada di situ, tidak seperti malam pertama solat tarawih.

Baca Lagi:
Wang kertas RM50 dijual harga RM708,000 sekeping, ini kelebihan yang ada sampai boleh dijual harga tinggi
Lelaki kongsi kisah daripada seorang pemain futsal Pahang menjadi tukang repair iphone yang berjaya, bermula pinjam duit adik beradik sebab nak pergi belajar di China
Toyota Vios 2023 nampak mewah tapi harga mampu milik