Sabit terbang ke muka semasa penggambaran filem

65824E3C 97D0 442C A30C 508C310AFEC6

Sabit terbang ke muka semasa penggambaran filem. Pelakon berkaliber Ellie Suriaty dihantui rasa bersalah selepas tidak sengaja menyebabkan pelakon, Shahidan Izwan mengalami kecederaan apabila terkena sabit semasa menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 52, mengakui berasa sangat bersalah dan telah memohon maaf kepada Shahidan atas kejadian yang tidak disengajakan itu.

Sabit terbang ke muka semasa penggambaran filem
Wajah pelakon Shahidan Izwan yang terkena sabit dari tangan Ellie Suriaty semasa penggambaran filem Telaga Suriram.

“Saya menyebabkan ‘kemalangan di set semalam ketika menjalani penggambaran Telaga Suriram. Ketika shoot (berlakon), sabit di tangan Mak Tijah (watak Ellie) terpelanting ketika bergelut dengan Jabet (watak Shahidan) sehingga terkena dahi dan hidungnya.

Sabit terbang ke muka semasa penggambaran filem
Tangkap layar permohonan maaf daripada Ellie menerusi Instagramnya.

“Saya minta maaf dan berasa sangat bersalah kepada Shahidan Izwan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ellie lega kerana pelakon itu tidak mengalami kecederaan serius dan telah dimaafkan Shahidan atas apa yang berlaku.

“Alhamdulillah. Syukur Allah SWT lembutkan hati Shahidan. Saya minta maaf sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik Shahidan dalam Instagram miliknya telah berkongsi kecederaan yang dialaminya pada hidung dan dahi selepas terkena sabit.

Sabit terbang ke muka semasa penggambaran filem
Suasana di set penggambaran filem Telaga Suriram selepas pelakon Shahidan tercedera akibat terkena sabit sewaktu menjayakan satu adegan pertarungan.

Shahidan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali menganggap kemalangan yang terjadi sebagai suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

“Kemalangan di set Telaga Suriram. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. Sabit rumput terbang ke muka.

“Tiada siapa yang salah. Inilah adat semasa berlakon. Pasti aka nada perkara yang tidak diingini berlaku. Doakan saya cepat sembuh dan tidak sabar mahu masuk ke set penggambaran semula,” katanya.

Selain Ellie Suriaty dan Shahidan, filem Telaga Suriram yang diarahkan oleh pengarah Osman Ali turut dibintangi oleh pelakon Nabila Huda, Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Alyahya.

Baca Juga : [Video] Polis tumpang kereta Myvi, kejar lelaki lari dari ‘Roadblock’

Didakwa Miliki Rumah Banglo, Syed Saddiq buat ‘House Tour’ jawab fitnah

Leave a Reply

Your email address will not be published.