RUU Antilompat Parti hanya terpakai untuk ahli Parlimen sahaja – Takiyuddin

RUU Antilompat Parti hanya terpakai untuk ahli Parlimen sahaja – Takiyuddin

RUU Antilompat Parti hanya terpakai untuk ahli Parlimen sahaja – Takiyuddin.

Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan ketika sidang Dewan Rakyat pada Khamis lalu hanya terpakai untuk ahli Parlimen sahaja.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, sekiranya RUU itu turut mahu diguna pakai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ia perlu mendapat kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

RUU Antilompat Parti hanya terpakai untuk ahli Parlimen sahaja - Takiyuddin

“Sebagai contoh, undi 18 ini hanya terpakai kepada calon di peringkat Parlimen sahaja. Kalau mahu dilaksanakan di DUN mereka perlu buat pindaan pada perlembagaan.

“Saya difahamkan kerajaan Johor tidak mahu pengundian di DUN mereka diturunkan daripada 21 kepada 18. Jadi terpaksa pakai undang-undang sedia ada sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Kota Bharu ke 55 di sini pada Sabtu.

Menurutnya, selagi negeri tidak membuat perubahan peraturan tersebut hanya termaktub kepada Parlimen sahaja.

Mengulas mengenai situasi di Kelantan, Setiausaha Agung Pas itu berkata, pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kelantan kena pinda balik perkara ini, maklumat lanjut boleh rujuk kepada Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob),” katanya

Baca Lagi:

GEMPAR !!! Saya saksi hidup ada SD ahli parlimen Umno sokong Anwar Ibrahim – Tajuddin

Kenderaan milik Ahli Parlimen Jelutong terlibat kemalangan

Polis trafik kena siasatan tatatertib didakwa iring anak ahli parlimen

CATEGORIES