Rupanya suri rumah boleh buat duit hingga ribuan ringgit, ini caranya. Siapa bilang ibu rumah tangga tidak boleh mencapai pendapatan tinggi?
Hanya dengan melakukan kerja menghantar ‘parcel’ atau bungkusan ke rumah-rumah sahaja sudah mampu meraih pendapatan lumayan sehingga beribu ringgit.
Menerusi penghantaran di laman TikTok @kerjakosongexpress, dengan menghantar 3,862 bungkusan ‘parcel’ setiap bulan dengan harga RM1.50 se unit, sudah berjaya meraih pendapatan sehingga RM6,000 sebulan.
Tinjauan kami di ruangan komen mendapati seorang pengguna @ctpinky84 mengaku bahawa dirinya meraih pendapatan sehingga RM7,000 sebulan setelah lebih dari setahun terlibat dalam dunia penghantaran bungkusan.
Katanya dalam kesibukan menguruskan anak-anak bersekolah, dia memulai dengan menghantar 30 bungkusan sehari, sehingga berjaya mencecah kira-kira 200 bungkusan sehari pada hari yang paling sibuk.
“Alhamdulillah saya ibu rumah tangga, mencuba melakukannya secara sambilan. Pagi hantar anak ke sekolah kemudian terus hantar bungkusan ‘parcel’. Waktu anak pulang dari sekolah, kerja sudah siap. Paling tinggi pendapatan yang saya pernah dapat ialah RM7,400 sebulan.
“Tapi tidak setiap bulan sama, ada bulan dapat banyak, ada bulan sedikit. Tapi belum pernah dapat kurang dari RM3,000. Ini juga bergantung pada jenis dan berat bungkusan yang dihantar,” katanya.
Menurut seorang lagi pengguna @afumadosyahir, kerja penghantaran bungkusan memang mampu memberikan pendapatan sehingga beribu ringgit, tetapi kepenatan yang dirasakan sebanding dengan pendapatan.
“Pernah dapat RM10,000 sebulan. Saat itu banyak pelanggan membeli barang dalam talian. Tapi jangan tanya soal cuti, pulang ke rumah bila. Rezeki untuk persiapan kahwin, Alhamdulillah,” katanya.