“Rupanya Spiderman itu wujud”-Budak perempuan 8 tahun ada kelebihan melekat pada dinding sambil tengok tv

“Rupanya Spiderman itu wujud”-Budak perempuan 8 tahun ada kelebihan melekat pada dinding sambil tengok tv

“Rupanya Spiderman itu wujud”-Budak perempuan 8 tahun ada kelebihan melekat pada dinding sambil tengok tv. Seorang budak perempuan berumur lapan tahun di wilayah Fujian, China menjadi tular kerana kebolehannya untuk melekat pada dinding tanpa menggunakan sebarang peralatan, lapor akhbar South China Morning Post semalam.

Berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan ibunya, dia dilihat memanjat dinding ruang tamu sebelum duduk dalam keadaan seperti melekat pada dinding sambil menonton televisyen.

Kanak-kanak itu menyilang kedua-dua tangannya sambil menonton televisyen dalam keadaan santai.

"Rupanya Spiderman itu wujud"-Budak perempuan 8 tahun ada kelebihan melekat pada dinding sambil tengok tv

Ibu kanak-kanak itu yang menggunakan nama @Ruxiangsuisu di media sosial China, mendedahkan bahawa mereka pada awalnya tidak menyedari kebolehan luar biasa tersebut sehingga dia memeriksa rakaman CCTV.

Menurut si ibu, anaknya mempunyai sifat berani dan gemar melakukan aktiviti berbahaya.

Tambahnya, iklim lembab di bandar tepi pantai yang didiami mereka di Pulau Pingtan mungkin menjadikan kanak-kanak tersebut lebih mudah melekat pada dinding.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen yang cuba mencari penjelasan di sebalik kebolehan seperti watak adiwira Spiderman itu.

Seorang pengguna media sosial memberitahu, disebabkan badan kanak-kanak adalah ringan, lebih mudah untuk mereka melekat pada dinding.

“Jelas kanak-kanak ini memanjat dinding kerana dia ingin mengawal saluran televisyen yang ditonton,” kata netizen secara berseloroh sambil merujuk kepada alat kawalan jauh yang dipegang budak itu.

Baca Lagi:
Laksa ibu jadi laku selepas viral, tiba-tiba ramai pelanggan tak nampak kedai, sekali anak buat tawaran berani kepada pelanggan yang datang beli
Jemaah haji ditangkap selepas pulang dari Tanah Suci, rupanya buka kedai makan sekali khidmat pelacur
Ibu mangsa dedah perbuatan terkutuk PU Azman di mahkamah buat ramai warganet terkejut
CATEGORIES