Rupanya sewa Velfire lagi berbaloi dari beli, mungkin ramai akan menyesal bila tahu rahsia ini

Rupanya sewa Velfire lagi berbaloi dari beli, mungkin ramai akan menyesal bila tahu rahsia ini

Rupanya sewa Velfire lagi berbaloi dari beli, mungkin ramai akan menyesal bila tahu rahsia ini. Toyota Vellfire boleh dikatakan sebagai satu kenderaan MPV kegilaan ramai terutamanya bagi golongan usahawan. Ia bagaikan satu lambang kejayaan selepas berjaya memajukan perniagaan milik mereka.

Ada juga yang membelinya demi memberi keselesaan kepada keluarga. Namun, Fairus Mohd Tabiee telah membuat satu hantaran selepas berjaya memiliki Toyota Vellfire. Jom kita ikuti apa yang beliau kongsikan.

KOS MEMILIKI TOYOTA VELLFIRE VS SEWA TOYOTA VELLFIRE

Rupanya sewa Velfire lagi berbaloi dari beli, mungkin ramai akan menyesal bila tahu rahsia ini

Tulisan ini adalah kepada mereka yang bercita-cita ingin memiliki Vellfire baru. Moga dapat ambil menfaatnya. Kongsikan tulisan ini kepada pasangan korang. Biar tulisan ini bercakap untuk pihak kalian

Bawa Vellfire balik kampung dengan ahli keluarga tu memang best. Kereta besar, selesa, anak-anak seronok dan boleh punggah banyak barang. Ini adalah MPV terbaik kegilaan ramai orang. Siapa yang dah pakai Vellfire, susah nak downgrade ke MPV lain.

Aku juga pemilik kenderaan ini.

So matlamat utama memiliki sebuah Vellfire adalah KESELESAAN. Ingat, KESELESAAN.

Beberapa bulan lepas, aku jumpa seorang sahabat. Umurnya sudah lebih 50 tahun. Investment beliau merata tempat. Beliau adalah orang yang success, namun hidup low profile. Duduk rumah pun income beratus ribu sebulan. Jangan risau, beliau bukan trader forex.

Beliau telah kongsikan sesuatu yang menyebabkan aku berfikir panjang. Padahal benda itu aku dah sedar lama, cuma aku tak jumpa orang yang praktikkannya lagi. Bila sahabat aku yang jauh lebih success dari aku buat benda ni, menung juga aku sekejap.

Katanya,

“Matematik tidak pernah menipu kita. Ilmu matematik ada banyak dalam al-Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu”.

Fuh, dalam kata-kata dia. Terkesima aku.

Jom aku kongsikan.

1. Jika kita beli Vellfire recond 2.5CC 2019 harganya sekitar RM250,000 waktu ini.

RM3,000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun).
RM7,000 setahun insuran.
RM780 setahun cukai jalan.
RM400 purata maintanance (RM4,800 setahun)

Rupanya sewa Velfire lagi berbaloi dari beli, mungkin ramai akan menyesal bila tahu rahsia ini

Ini tidak termasuk upgrading, sport rim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.

Jumlah kos yang kita keluarkan setahun untuk memiliki sebuah kenderaan ini ialah RM48,580.

Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah sebanyak RM437,220 (+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan).

2. Kenderaan ini akhirnya akan outdated juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.

3. Secara purata, aku sendiri balik ke kampung 6 kali dalam setahun. Setiap kali balik, aku akan spend maksimum 4 hari menjadikan setahun hanya selama 24 hari.

4. Dalam setahun, purata aku bawa anak-anak berjalan jauh dan bermalam 2 kali dan rata-ratanya hanya 2 hari. So aku gunakan Vellfire ini untuk bercuti bersama keluarga hanya 4 hari sahaja.

5. Keseluruhan penggunaan kenderaan Vellfire ini dalam lingkungan 28 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. Under utilize.

6. Waktu ini, Vellfire baru boleh disewa dengan kadar RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 28 hari kita hanya perlu kos sewaan RM19,600 sahaja tanpa memikirkan keperluan baik pulih, road tax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.

7. Bila aku argue hal ini, sahabat tadi ingatkan semula pada aku,

“Matlamat kau memandu Vellfire untuk apa? Kau dapat tak KESELESAAN yang kau mahukan tadi?

Adakah perlu kau miliki?”.

Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah.

Banyak ilmu dan pengalaman yang aku belajar dari sahabat ini, kali ini aku mahu cuba praktikkannya sendiri.

Harap-harap aku tak tergoda dengan amoi seksi pakai skirt pendek di use car lagi. Nampak gayanya burn lah deposit aku kat use car tu.

Berikut pula reaksi dan pandangan dari beberapa netizan

“Dah lama saya ceritakan kisah sama pada wife, lepas itu kami dah tak berminat dengan kereta atau seumpamanya. Sekarang lebih suka van atau lori yang boleh membawa manfaat pada orang lain dalam bentuk peluang kerja”

“Kami suami isteri pakai vellfire since 2016 lagi sehingga kini. Alhamdulillah Allah izin masih mampu bayar bulanan sehingga harini & in shaa Allah tak lama dh nk settle. Kalau diizinkan mmg nak settle awal lumpsump kereta ni. Sgt jarang ber”peel” dan ada masalah major. Allah izinkan semua. Kami memang fully utilize Vellfire kami spt angkut stok kain bisnes tudung kami & juga angkut machine2 cucian karpet masjid suami. Selain dr tu mmg hari2 bawak angkut 5 + 1 anak kehulu kehilir. Hantar anak sekolah, ambek anak sekolah, hantar anak ngaji, bawak pg holiday, balik kg, dan memang setiap hari guna “anak gajah” ini kehulu kehilir. Rasa berbaloi sebab setiap hari guna & gunanya untuk buat kerja kita. Kalau beli dan banyak simpan, memang betul apa yg ditulis Tuan penulis diatas. Saya setuju. Cuma pada kami suami isteri, fully utilize anak gajah ini so that membayar bulan2 tu rasa berbaloi Teringat pesan abah, biar kereta jd hamba kita, jangan kita jadi hamba kereta. Doakan bisnes kami suami isteri makin maju ya”

“Majoriti kita tak dakap konsep ni. Sense of belonging takde. Dari segi matematik kewangan, memang jimat. Esp bila jarang pakai. Saya pun dah let go. Sayup rasa bila drive sensorang. Beza kalau ada dan perlu ada driver bawa kereta ini.”

Baca Lagi:
Sanggup mengaku sudah bercerai, wanita dicekup berkhalwat dengan suami orang
Kenali Dr Zaliha, wanita pertama dilantik Menteri Kesihatan
Nelayan jumpa muntah paus seberat 30kg bernilai cecah RM5 juta, mahu bersara awal jadi nelayan
CATEGORIES