Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul. Perasan atau tidak, sehingga hari ini masih terdapat pemandu yang tidak begitu arif mengenai petak parkir atau tempat letak kenderaan. Ramai yang masih mengambil mudah dan meletakkan kenderaan mereka dengan sesuka hati tanpa mengambil kira sama ada ia dibenarkan atau tidak, asalkan ruang itu kosong.

Lebih membimbangkan, terdapat yang sampai bergaduh kerana cuba mendapatkan petak parkir mereka. Malang sungguh!

Baru-baru ini, pihak berkuasa polis trafik telah mengeluarkan satu pengumuman di laman Facebook rasmi mereka, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, yang mengingatkan orang ramai untuk memastikan kenderaan mereka diparkirkan di tempat yang betul.

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Menurut pengumuman tersebut, pengguna kenderaan perlu memastikan kenderaan mereka diparkir di tempat yang disediakan untuk mengelakkan kesesakan yang boleh menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Turut diberikan peringatan agar petak parkir tidak disekat oleh sebarang halangan seperti payung, gerai berniaga, ‘cop’ parkir dan lain-lain kesalahan.

Kegagalan untuk mematuhi peraturan parkir boleh mengakibatkan individu dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Fahami ciri-ciri petak parkir khas

Mungkin anda sudah biasa melihat petak parkir dengan garisan berwarna putih atau kuning, bukan? Ini bermakna petak parkir tersebut ditetapkan khas untuk kenderaan ringan dan anda boleh memarkirkan kenderaan anda di dalamnya tanpa masalah.

Petak parkir dengan garisan merah

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Namun, bagaimana pula dengan petak parkir berwarna merah yang sering terdapat di hadapan premis perniagaan? Bolehkah anda memarkirkan kenderaan anda di situ?

Sebenarnya, ini adalah petak parkir khas, dan tidak semua kenderaan boleh menggunakannya.

Untuk pengetahuan anda, petak parkir dengan garisan berwarna merah ini sebenarnya dikhaskan untuk individu atau kenderaan tertentu yang telah membayar secara bulanan kepada pihak Majlis Perbandaran untuk menggunakan petak parkir tersebut.

Sebagai contoh, bagi harga petak khas di bawah MBPJ, yuran bulanan adalah RM400 untuk premis makanan dan kedai biasa, manakala RM200 sebulan untuk kegunaan bengkel.

Biasanya, petak parkir khas ini terdapat di hadapan premis perniagaan, bangunan seperti hospital, kedai aksesori, bengkel kereta, dan lain-lain.

Ada had waktu

Namun, anda juga perlu tahu bahawa lot parkir khas ini mempunyai had masa di mana petak tersebut mesti dibuka kepada orang ramai selepas jam 6.30 petang. Ini bermakna, petak parkir yang disewa itu hanya boleh digunakan semasa waktu operasi perniagaan, iaitu dari jam 8 pagi hingga 6.30 petang, Isnin hingga Jumaat.

Petak parkir khas untuk OKU

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Petak parkir berwarna biru dan mempunyai logo/ lambang OKU secara jelas dibina khas untuk pemandu OKU Fizikal. Perasan atau tidak, kotak yang dikhaskan untuk golongan OKU ini mempunyai ruang petak yang lebih besar. Ini direka bagi memuatkan kerusi roda pemandu itu.

Siapa boleh guna petak parkir OKU?

  • Pemandu yang ada kad OKU (JKM)
  • Pemegang lesen memandu OKU (JPJ)
  • Kenderaan berdaftar untuk kegunaan OKU (JPJ)
  • Kenderaan yang miliki pelekat OKU di cermin keretanya

Parkir khas untuk wanita

Rupanya masih ramai yang tak tahu cara parkir kenderaan di tempat yang betul

Kebanyakan pusat membeli-belah menyediakan ruang parkir khas untuk wanita. Ini bertujuan untuk membolehkan pemandu wanita yang memandu secara berseorangan atau bersama anak kecil meletakkan kenderaan mereka di kawasan khas tersebut, menjadikan mereka lebih berasa selamat.

Biasanya, kawasan parkir khas tersebut dipantau sama ada oleh pengawal atau kamera keselamatan.

Parkir di tempat yang betul

Jangan hanya fikirkan diri sendiri. Pastikan anda memarkirkan kenderaan anda di petak yang betul agar tidak mengganggu pengguna jalan raya lain. Sila ambil kira perasaan orang lain dan sentiasa patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Baca Lagi:
Tak sangka menang 7 buah kereta sepanjang kerjaya, rupanya Mawi tiada lesen kereta
Penduduk risau air sungai Taman Bandar Senawang bertukar putih seakan susu getah
Senarai kereta paling popular di Malaysia, nombor 1 buat ramai tak sangka
CATEGORIES