Rupanya macam ni cara sebenar masukkan tali ke dalam getah pinggang seluar

Photo of author

By Joe

Rupanya macam ni cara sebenar masukkan tali ke dalam getah pinggang seluar. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana sebenarnya cara pekerja kilang pakaian masukkan tali ke dalam getah pinggang seluar kan? Mungkin ada yang menyangkan mereka menggunakan jarum kan.

Namun, rupanya kilang pakaian menggunakan mesin khas untuk memudahkan kerja-kerja memasukkan tali ke dalam lubang kecil getah pinggang.

Kaedah tersebut telah dikongsikan oleh akaun TikTok toplesaestheticid baru-baru ini dan rata-rata warganet mengatakan mereka baru tahu macam tu rupanya tali seluar dimasukkan.

Rupanya macam ni cara sebenar masukkan tali ke dalam getah pinggang seluar

Dalam video yang berdurasi selama 18 saat itu, dapat dilihat bahawa individu dalam video itu terlebih dahulu menggunakan sebuah alat yang mempunyai lingkaran kawat besi yang dimasukkan ke dalam getah pinggang berkenaan.
Kawat besi tersebut yang mempunyai lubang kecil pada bahagian hujungnya akan dimasukkan tali seluar.

Setelah itu, alat itu akan ditekan dan tali seluar itu akan masuk secara automatik ke dalam getah seluar.

Meninjau ke ruangan komen, ada netizen yang mengatakan mereka akhirnya boleh tidur dengan nyenyak lepas dah tahu bagaimana cara tali seluar dimasukkan ke dalam getah pinggang.

Tak kurang juga ada netizen yang pernah bekerja di kilang pakaian mengatakan mereka dahulu perlu memasukkan tali seluar secara manual menggunakan kawat, jadi tugas tersebut memakan masa yang lebih lama.

Dengan mesin ini, sekarang kerja jadi lebih mudah.

@toplesaesteticid akhirnya bisa tidur nyenyak ternyata caranya kaya gini 😆 #toplesaesteticid ♬ Dj Pencuri Hati X Yo Ndak Mampu Aku (Remix) – Dhota Ap

Baca Lagi:
Pakar kesihatan dedah 5 tanda-tanda nyawa korang dalam bahaya, no 1 selalu terjadi secara tiba-tiba
Lelaki ini dedah cara nak dapatkan RM900 sehari, kerja senang je tapi tak ramai yang sanggup buat..
Pekan Daro kini terkenal satu Malaysia