Rupanya ini sebab kenapa Fezrul Khan tidak mahu lagi berlakon dengan Reen Rahim

Rupanya ini sebab kenapa Fezrul Khan tidak mahu lagi berlakon dengan Reen Rahim

Rupanya ini sebab kenapa Fezrul Khan tidak mahu lagi berlakon dengan Reen Rahim. Baru-baru ini, hangat diperkatakan mengenai konflik mengenai dakwaan pelakon Reen Rahim dicekik aktor Fezrul Khan ketika menjalani penggambaran.

Menerusi satu temu bual bersama Melodi, Fezrul Khan sekali lagi mempersoalkan tindakan Reen Rahim yang menjerit kepadanya selepas melakonkan babak tersebut dan bertanyakan mengapa aktres itu tidak boleh bercakap secara baik-baik.

“Secara jujur saya berlakon cerita tu saya tak method, saya tahu babak itu susah, tak boleh buat, kita dah rehearsel, okay dah tapi yang tak ok kenapa bila dah cut dia mejerit kepada saya?
“Yang itu saya pantang, tak boleh cakap elok-elok ke. Kalau setakat lakonan kau macam tu kau nak complain. Kenapa perlu jerit, tak boleh cakap elok-elok ke?
“Level dia tahap mana? Kau menjerit dengan orang lama. Kau boleh fighting tak? Kau ada sarung uniform tak? Kau berlakon cerita kampung je kan?,” katanya.

Rupanya ini sebab kenapa Fezrul Khan tidak mahu lagi berlakon dengan Reen Rahim

Mengulas mengenai babak cekik yang dimuat naik di Instagram, Fezrul berkata dia mahu semua pihak menilai sendiri serta menyifatkan Reen seorang yang kurang ajar.

“Apa yang saya post tu saya nak tunjukkan dekat orang betul tak apa yang saya buat itu sebenarnya saya yang salah atau dia yang salah? Kalau salah, pengarah boleh cut, tiada masalah pun. Tapi kenapa kena tunggu babak itu habis kau menjerit? Kurang ajar tak kurang ajar? Kurang ajar pelakon tu,” katanya.

Menurut Fezrul lagi, dia tidak akan berlakon lagi dengan Reen serta menyifatkan aktres itu bukan tarafnya untuk berlakon bersama.

“Nasib baik perempuan, kalau lelaki dah lama dah. Dia ingat saya hairan dengan lakonan dia semua. Saya banyak lagi heroin yang saya boleh berlakon, setakat lakonan heroin macam itu saya rasa bukan ‘level’ saya kot.

“Kalau tanya saya kalau nama dia ada dalam sebuah cerita itu saya takkan ambil job itu. Saya tak boleh berlakon dengan orang kurang ajar macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Fezrul turut memohon maaf kepada Reen serta memberi pesanan supaya jangan mengambil tawaran jika tidak boleh melakonkan watak yang berat.

“Pada saya, jangan kurang ajar, itu sahaja saya nak bagitahu. Kalau menjerit tu dia ‘attention seeker’. Dia nak tunjuk dia ‘power’ lah.

“Kalau dia dah minta maaf, saya dah maafkan dia jika saya terkasar bahasa, gurau kasar, tercekik dia ke apa, saya minta maaf banyak-banyak, tapi kalau ada job nama dia ada dengan saya, saya takkan ambil job itu sebab ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang nak berlakon dengan saya. Dia bukan ‘level’ saya.

“Kalau dah watak berat, rasa tak boleh bawa jangan bawa watak tu. Jangan ambil semata-mata nak duit. Lepastu kau nak tunjuk kau hebat dekat set. Jangan kurang ajar. Kau terlampau kurang ajar,” katanya.

Baca Lagi:
Hadi ‘penipu besar’, cuba rancang satu lagi konspirasi Langkah Sheraton
Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta
Tular pasangan ini hidup bahagia bersama walaupun beza umur 32 tahun
CATEGORIES