Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis

Photo of author

By Joe

Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis. Masalah semut yang berlebihan dalam rumah memang menyusahkan, terutama apabila semut suka duduk dalam soket elektrik.

Tetapi mengapa semut suka berkumpul di bahagian ini? Untuk anda yang mengalami masalah yang sama, Khairun Naim, seorang pengusaha syarikat pest control, memberi penjelasan dalam akaun TikTok beliau.

“Dua sebab semut suka duduk dalam soket,” katanya. “Pertama, mereka mencari perlindungan, dan kedua, mereka mencari sumber makanan.”

Rupanya ini punca kenapa semut suka bersarang dalam soket suis

“Laluan paling selamat di rumah untuk mencari makanan adalah melalui soket elektrik. Semut boleh masuk melalui satu soket dan keluar di tempat lain dalam rumah.
“Soket-soket dalam rumah bersambung ke seluruh rumah dan semut boleh keluar di dapur, dalam bilik atau di mana sahaja. Ia mudah untuk mencari makanan dan juga untuk mencari perlindungan. Selain itu, laluan melalui soket elektrik ini terlindung, menjadikannya mudah dan selamat untuk semut,” terang beliau.

Khairun Naim menyarankan untuk tidak menggunakan racun atau semburan yang berbentuk air (water based) untuk mengatasi masalah semut ini. Beliau bimbang penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan ‘short’ dalam soket elektrik yang mungkin memerlukan pendawaian baru.

Bagi penyelesaian terbaik dalam menghapuskan masalah semut dalam soket, Khairun Naim mencadangkan untuk menggunakan racun dalam bentuk gel. Cukup dengan menitiskan gel di beberapa lokasi, gel ini akan dimakan oleh semut dan kemudian dibawa kembali ke sarang mereka, menyebabkan kematian semut serta membantu menghapuskan koloni semut yang lain.

@khairunnaim4 Replying to @Harith.Pahan00 ♬ original sound – NAIM PEST CONTROL

Punca saintifik mengapa semut tertarik berada dalam soket

Menurut penjelasan Public Health Malaysia, dari sudut sains, terdapat sebab mengapa semut tertarik untuk berada dalam soket.

Semut dikatakan tertarik kepada gelombang elektrik. Apabila mereka terdedah, renjatan elektrik akan membunuh semut secara segera dan mengeluarkan bahan kimia feromon. Bahan ini akan menarik lebih banyak semut untuk datang, sementara dalam masa yang sama lebih banyak semut akan mati!

Baca Lagi:
“Bila ditarik makin banyak”, wanita cemas jumpa ‘rambut’ dalam ekzos kereta
Lelaki ini minta bantuan orang ramai, jenazah jiran mualaf OKU masih tiada waris tuntut hampir 2 bulan
“Pemburu emas ceroboh hutan simpan raih pendapatan RM1k sehari”