Rupanya ini kerja Pengarah Jabatan Air Sabah yang ramai tak tahu, SPRM jumpa duit RM44 juta dalam pejabat

Rupanya ini kerja Pengarah Jabatan Air Sabah yang ramai tak tahu, SPRM jumpa duit RM44 juta dalam pejabat

Rupanya ini kerja Pengarah Jabatan Air Sabah yang ramai tak tahu, SPRM jumpa duit RM44 juta dalam pejabat. Wang tunai kira-kira RM44 juta, 921 barang kemas, 86 jam tangan mewah dan 93 unit beg tangan berjenama ditemui dalam serbuan di pejabat, rumah dan kenderaan milik Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib.

Hishammudin Mohammed Esa berkata wang tunai RM23 juta ditemui di atas meja pejabat, sofa panjang, kabinet televisyen dan kabinet kayu serta di dalam beg semasa serbuan pertama di pejabat Ag Tahir.

Beliau seterusnya berkata RM9 juta lagi ditemui di dalam but Mazda, RM4 juta di dalam but Mercedes Benz dan RM8 juta di dalam peti keselamatan di rumah Ag Tahir.

Rupanya ini kerja Pengarah Jabatan Air Sabah yang ramai tak tahu, SPRM jumpa duit RM44 juta dalam pejabat

Hishamuddin turut menjelaskan secara terperinci kepada mahkamah lokasi bungkusan wang, barang kemas dan jam tangan yang terdapat di setiap sudut pejabat Ag Mohd Tahir, pantri, rumah dan kereta pada pelan lakaran dengan merujuk kepada setiap gambar yang diambil.

Menjawab soalan, Hishamuddin berkata hanya Ag Tahir yang mempunyai akses ke bilik di pantri tersebut kerana ia berada di pejabat Ag Tahir, kunci bilik hanya disimpan oleh Ag Tahir dan pembantu peribadinya memaklumkan tiada sesiapa dibenarkan masuk bilik itu selain Ag Tahir.

Sementara itu di rumah Ag Tahir, hanya isteri Ag Tahir, Fauziah Piut yang mempunyai akses ke peti keselamatan di mana wang, barang kemas, jam tangan ditemui kerana dia satu-satunya orang yang mengetahui nombor gabungan peti keselamatan itu.

Hishamuddin diberi keterangan lanjut pada Jumaat di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, dalam perbicaraan Ag Tahir, 58, Fauziah, 55, dan Lim Lam Beng, 66, terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61 .57 juta, serta pemilikan barangan mewah yang menyalahi undang-undang.

Menurut Hishamuddin, ketika mereka menyerbu rumah Ag Tahir di Sembulan, selain pegawai SPRM, hanya Ag Tahir dan isterinya di rumah itu.

51483002079 AgMohdTahirMohdT 1

Hishamuddin membacakan keterangan saksinya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, dalam perbicaraan Ag Tahir, 58, Fauziah Piut, 55, dan Lim Lam Beng, 66, terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah kepada RM61.57 juta, serta pemilikan barangan mewah yang menyalahi undang-undang.

Sementara itu, saksi ke-41 pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa sejumlah wang tunai RM14,000 ditemui pada ‘rakan karib’ wanita Ag Tahir ketika serbuan di kondominium itu milik wanita itu.

Ku Syazwani Ku Azmi, 33, berkata pada 4 Okt 2016 kira-kira jam 2 petang, dia diarahkan oleh Pegawai Penyiasat Chin Chen Huat untuk menyerbu sebuah rumah milik Christine Fiona M Ponsoi yang dipercayai menyimpan harta daripada Ag Tahir.

“Selepas menerima arahan itu, saya pergi ke pejabat Christine di Sedco bersama dua pegawai lain. Berdasarkan maklumat, Christine berada di rumahnya di Jalan Fung Yei Ting dan kami pergi ke lokasi itu.
“Saya bertemu Christine ketika dia berada di dalam keretanya dan saya memaklumkan kepadanya bahawa kami telah menerima arahan untuk melakukan serbuan di rumahnya di Luyang. Kami kemudiannya menuju ke Kondominium Puncak Luyang bersama-sama dengan Christine.
“Sebelum kami meneruskan pencarian, saya telah menyampaikan perintah penggeledahan dan penyitaan kepada Christine serta meminta untuk menandatangani perintah itu,” kata Ku Syazwani yang merupakan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Mei 2016 hingga November 2018.

Dia seterusnya memberi keterangan bahawa mereka telah membuat pemeriksaan di kondominium itu dan menemui sebuah beg mengandungi 140 keping wang kertas RM100 di ruang tamu.

“Setelah mengira wang kertas, jumlah wang itu ialah RM14,000.

Selain wang itu, kami tidak menjumpai apa-apa barang berharga atau barang mencurigakan dari kondominium itu.

“Kami kemudian merampas wang itu dan kembali ke pejabat SPRM Sabah.

Saya menerima arahan untuk menyimpan sementara wang tunai rampasan itu sementara menunggu arahan selanjutnya.

Saya kemudian memasukkan wang itu ke dalam kabinet besi dan menguncinya.

“Pada 19 Dis 2016, saya telah diarahkan oleh Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin untuk menyerahkan wang tunai RM14,000 yang dirampas daripada Christine kepada Pegawai SPRM Mohd Yussof Awang Osman,” kata Ku Syazwani dalam kenyataan saksinya.

Ku Syazwani seterusnya memaklumkan mahkamah bahawa Christine mempunyai hubungan dengan Ag Tahir kerana dia memberi Christine wang RM14,000.

Menurut Ku Syazwani, Christine tidak ditahan SPRM tetapi dia merupakan salah seorang saksi pendakwaan.

Sementara itu, saksi ke-39 pendakwaan Nordinansah Kasim, berkata dia diarah menyerbu pejabat dan rumah bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri (JANS) Lim bagi mengesan bukti perbuatan jenayah rasuah yang dilakukan Lim. Nordinansah berkata serbuan pertama dilakukan di pejabat Lim di Kementerian Kewangan Sabah dan mereka tidak menemui sebarang bukti berkaitan siasatan kes Ops Water.

“Pasukan kami kemudian bergerak bersama Lim ke lokasi kedua iaitu rumah Lim di Jalan Penempatan, di sini.

“Kami kemudian membuat pemeriksaan di rumah dan di dalam kenderaan milik Lim. Hasil pencarian itu, kami menemui beberapa dokumen dan barang yang disyaki ada kaitan dengan siasatan kes Ops Water iaitu, dokumen kenderaan, kewangan, rumah serta komputer riba dan barang kemas serta dua kenderaan.

“Semua barang rampasan dibawa ke pejabat SPRM Sabah,” katanya dalam keterangan saksinya.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) DPP Mahadi Abdul Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim, menjalankan pendakwaan manakala Lim dibela oleh Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh, Karpaljit Singh dan Aaron Lau dan peguam Priskila Akwila Sinem membela Ag Tahir dan Fauziah. Perbicaraan diteruskan pada 25 – 28 Julai tahun ini.

Baca Lagi:
Lelaki Founder Misi Rakyat dedahkan ‘misi coin’ lebih bernilai daripada emas, ini komen netizen
Anggota Rela digantung tugas sebab halang wanita pakai skirt masuk pejabat kerajaan
Kisah gajah bernama Aduka bersaiz besar tinggi sebuah rumah di Gerik
CATEGORIES