Rupanya ini fungsi sebenar butang TCS pada kereta yang ramai orang tak tahu. Kereta peribadi kini menjadi satu kemestian dan hampir setiap isi rumah di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Sebuah kereta yang dibeli biasanya dilengkapi dengan pelbagai fungsi dan ciri-ciri. Tujuan fungsi-fungsi ini adalah untuk memastikan pemanduan lebih selamat untuk semua pemilik kenderaan.
Kebiasaannya, fungsi-fungsi ini boleh diakses melalui butang kawalan yang terletak pada papan pemuka atau pada stereng. Kedudukan butang-butang ini direka untuk memudahkan pemandu tanpa mengganggu fokus mereka ketika memandu.
Untuk memudahkan pemandu, simbol-simbol tertentu akan diletakkan pada butang-butang tersebut. Walau bagaimanapun, sering kali simbol-simbol ini sukar untuk dikenali dan membezakan fungsi-fungsi yang ada. Jadi, tidak menghairankan jika ada fungsi-fungsi pada kereta yang tidak pernah digunakan oleh pemandu kerana bimbang jika ditekan, ia mungkin mengganggu pemanduan.
Ini Rupanya Fungsi Sebenar Butang TCS
Namun, ada satu butang yang sangat penting dan pemandu disarankan untuk tidak mematikannya. Butang tersebut adalah Butang Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) atau dikenali juga sebagai Traction Control (TRC).
Info mengenai TCS ini diperoleh daripada perkongsian seorang pengguna TikTok menerusi akaun @tuahfahmiauto. Butang TCS terdapat dalam semua kenderaan moden dan berfungsi secara automatik tanpa memerlukan campur tangan pemandu. Namun, kedudukan butang ini mungkin berbeza mengikut model kenderaan yang anda miliki.
Menurut @tuahfahmiauto, TCS membantu menstabilkan kenderaan anda ketika melalui kawasan selekoh atau memandu di atas permukaan jalan yang licin, seperti ketika cuaca hujan lebat. TCS berfungsi untuk mengesan jika terdapat tayar yang kehilangan cengkaman semasa pemanduan.
Apabila tayar kehilangan cengkaman, TCS secara automatik akan mengaktifkan sistem brek atau memutuskan penghantaran kuasa daripada enjin kepada tayar tersebut, untuk membantu menstabilkan kenderaan dan mencegah tayar tergelincir.
Oleh itu, @tuahfahmiauto menegaskan bahawa sistem ini sangat penting untuk memastikan pemanduan selamat dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pemandu Tidak Disarankan Mematikan Sistem TCS
Walaupun sistem ini berfungsi secara automatik, anda masih boleh mengaktifkan atau mematikan fungsi TCS melalui butang yang disediakan. Untuk mematikannya, anda hanya perlu menekan butang tersebut seketika sehingga isyarat TCS OFF muncul.
TCS boleh dimatikan jika kereta anda tersekat di kawasan berlumpur atau tersangkut dalam lubang, bagi memastikan tayar yang tersangkut mendapat bekalan kuasa yang mencukupi untuk terlepas.
Namun, anda perlu mengelak daripada mematikan fungsi TCS tanpa sebab kerana ia boleh meningkatkan risiko kemalangan. Jika tayar hilang cengkaman dan TCS dimatikan, kenderaan mungkin kehilangan kestabilan dan risiko kemalangan akan meningkat.
@tuahfahmiauto Button traction control (TRC) yg paling tak berguna tapi function teruks #toyotamalaysia #toyotasemenyih #pcmsemenyih #aimanfahmitoyota #reviewkereta #toyotavios #toyotayaris #fahmishare #knowledgesharing #toyotainnova #toyotahilux #vios2023 #yaris #innovazenix2023 #corolla #corollacross #camry #innovareborn #zenixhybrid #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Tuah Fahmi Toyota