Rupanya duit kertas koyak boleh digunakan lagi, ini caranya yang ramai tak tahu

Rupanya duit kertas koyak boleh digunakan lagi, ini caranya yang ramai tak tahu

Rupanya duit kertas koyak boleh digunakan lagi, ini caranya yang ramai tak tahu. Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti:

Rupanya duit kertas koyak boleh digunakan lagi, ini caranya yang ramai tak tahu

  • duit terbakar
  • terkoyak
  • berlubang
  • kotor/lusuh
  • kecut (kebanyakkannya duit polimer/ plastik)
  • dimakan anai-anai
  • luntur warna
  • cacat
  • hilang ciri-ciri keselamatan
  • dan banyak lagi.
Pegawai BNM yang bertauliah akan menilai setiap wang kertas anda berpandukan spesifikasi yang berikut:

Penilaian Terperinci Wang Kertas / Syiling Cacat

Berikut kadar penilaian Bank Negara Malaysia berkaitan duit kertas rosak berdasarkan kategori:

1. Wang Kertas Conteng

Wang kertas yang terdapat perkataan, tanda, simbol, lukisan dan karikatur, sama ada ditulis atau dilakarkan pada permukaan wang kertas dengan sengaja.

  • Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan
  • Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara (iaitu terdapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tulisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan/pad tulis)

2. Wang Kertas Cacat

Nilai yang akan diberikan untuk sebarang wang kertas yang koyak, terbakar dan dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan berikut:
  • Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
  • Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
  • Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada saiz asal

3. Duit Syiling Cacat

Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling itu memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Duit syiling tulen
  • Rupa bentuknya dapat dikenalpasti
  • Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus

Rupanya duit kertas koyak boleh digunakan lagi, ini caranya yang ramai tak tahu

Cara Tukar Duit Kertas Rosak

Jadi, apa nak buat kalau ada duit rosak?

Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.

Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.

Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.

Baca Lagi:
Opai hilang tak dapat dikesan, JPJ minta bantuan polis buru suami Fatin Afeefa
Ramen paling mahal berharga RM225 semangkuk bersama kaki buaya
8 tahun berpisah, akhirnya Awie menangis dapat jumpa anak-anak bersama bekas isteri
CATEGORIES