Rupanya ada sebab tertentu Uqasha Senrose warnakan rambut merah menyala

Rupanya ada sebab tertentu Uqasha Senrose warnakan rambut merah menyala

Rupanya ada sebab tertentu Uqasha Senrose warnakan rambut merah menyala. Pelakon Uqasha Senrose mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk mewarnakan rambutnya dengan warna merah.

Isteri kepada Kamal Adili itu mendedahkan, dia berbuat demikian demi merealisasikan watak Eyra yang digalas menerusi drama bersiri Isteri Halal.

“Sebenarnya, saya warnakan rambut dengan warna merah menyala ni sebab watak Eyra. Watak tersebut merupakan watak antagonis. Jadi, saya mahukan sedikit kelainan,” katanya kepada Gempak.

Rupanya ada sebab tertentu Uqasha Senrose warnakan rambut merah menyala

Uqasha menambah, sungguhpun selesa dengan warna tersebut, namun, keadaan rambutnya kini semakin kering dan frizzy.

“Nak kekalkan warna sebegini memang susah. Sebab warna merah pada rambut memang cepat luntur.

“Bayangkan, sejak saya tukar warna rambut kepada warna ini, saya perlu melalui proses touch-up sebanyak empat kali sebulan.

“Tapi warna ini tidak dibawa sampai ke episod akhir. Saya akan tukar ke warna lain seiring dengan perkembangan watak nanti,” katanya lagi.

Isteri Halal merupakan drama bersiri yang diadaptasi daripada drama popular Filipina, Legal Wife.

Selain Uqasha, Isteri Halal turut dibintangi oleh Aidit Noh, Isyariana, Nazim Othman dan Amylea Azizan.

Baca Lagi:
Pertubuhan haram: Pegawai dan anggota polis ditahan
Semua perbelanjaan keluarga isteri tanggung, sampailah aku nampak slip gaji isteri terus aku termenung panjang..
Rupanya Malaysia miliki 10 jurulatih badminton yang sedang berkhidmat di luar negara
CATEGORIES