Rumah terbiar hampir 5 tahun selepas pemilik meninggal, cleaner jumpa wang tunai RM38,000 dalam rumah

Photo of author

By Joe

Rumah terbiar hampir 5 tahun selepas pemilik meninggal, cleaner jumpa wang tunai RM38,000 dalam rumah. Sebuah video viral menunjukkan sekumpulan pekerja pembersihan menemui wang tunai sebanyak RM38,000 di sebuah rumah yang mereka sedang membersihkan.

Menerusi beberapa hantaran di TikTok, syarikat perkhidmatan pembersihan yang dikenali sebagai F.I.8 Empire telah memuat naik dua video yang menunjukkan jumlah wang tersebut yang ditemui di dalam rumah tersebut.

“Hari ini kami membersihkan rumah dan kami menemui banyak wang. Nanti kami akan mengira wang ini selepas ini,” katanya.

Rumah terbiar hampir 5 tahun selepas pemilik meninggal, cleaner jumpa wang tunai RM38,000 dalam rumah

Dalam pada itu, individu yang mengambil rakaman tersebut berkongsi bahawa pemilik rumah tersebut telah meninggal dunia lima tahun yang lalu dan anaknya telah mengupah mereka untuk membersihkan rumah tersebut.

“Jika ada orang tua yang tinggal seorang diri dan rumahnya dibiarkan, jika dia sudah tiada, tolong periksa segala barang ini. Wang itu mungkin tersimpan di mana-mana, siapa tahu berapa banyak wang yang tersembunyi.
“Rumah ini telah lama dibiarkan kosong, pemiliknya telah meninggal dunia hampir lima tahun yang lalu. Almarhum tidak meminta orang lain untuk membersihkan, tetapi anaknya tidak mampu melakukannya sendiri. Jadi anaknya memanggil kami,” ujarnya.

Dalam video tersebut, individu tersebut bersama pekerja lain turut mengasingkan wang tersebut mengikut jumlahnya bagi memudahkan proses pengiraan.

@f.i.8_empire Kisah mengemasa rumah dan duit. rumah ni rumah arwah ibu owner tinggal dan baru kini ada kekuatan untuk dikemas. owner dah inform rumah ni ada duit yg banyak jadi kami kena selongkar satu persatu barang-barang sebelum buang #fi8kongsi #masukberanda #fi8empire #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #fyp #capcut #pastiusahayakinrezeki ♬ Very Sad – Enchan


Hantaran seterusnya juga menunjukkan bahawa pihak syarikat tersebut telah menyampaikan kesemua wang yang mereka temui kepada anak pemilik rumah tersebut.

@f.i.8_empire Replying to @shahrulnizam508 ada banyak sebab kenapa anak2 panggil kami untuk kemas rumah mak mereka lagi2 yg telah tiada. jika awak mampu, jadi tahniah #pastiusahayakinrezeki #capcut #fyp #separuhdariimanitubersihyangpenuhkanimanituibadah #pastiusahayakinrezeki #fi8empire #masukberanda #fi8kongsi ♬ Sad and lonely – MoppySound

“Kami dah kumpul dan kira jumlah wang ini. Dah kira-kira, duit ni lebih kurang dalam RM38 ribu dan kami nak serahkan kepada anak pemilik.

“Kami juga jumpa wang dari negara yang kami tak tahu dan itu pun kami serahkan kepada anak,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita lahirkan anak di tengah lautan jemaah haji berkumpul di Padang Arafah
Buang budu milik kawan, individu kena kecam dengan netizen, ‘aku doakan kau kahwin dengan kaki budu’
Ramai tertanya-tanya kenapa daging korban masih ‘berdenyut’ selepas dilapah