Rumah penyampai radio ditembak individu tidak dikenali

Rumah penyampai radio ditembak individu tidak dikenali

Rumah penyampai radio ditembak individu tidak dikenali. Seorang penyampai radio berdepan detik cemas apabila pintu hadapan tempat tinggalnya ditembak di Seri Aman Heights, Desa Jaya, di sini, awal pagi semalam.

Pusat kawalan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima panggilan kecemasan MERS 999 daripada seorang lelaki warga tempatan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.50 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berkenaan memaklumkan mendengar bunyi seolah-olah letupan di luar rumahnya.

Rumah penyampai radio ditembak individu tidak dikenali

“Lelaki berkenaan kemudiannya mendapati terdapat kesan berlubang pada pintu kayu hadapan rumahnya.
“Bertindak susulan laporan yang dibuat, sepasukan polis dari IPD Gombak bergegas ke tempat kejadian bersama Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk menjalankan siasatan.
“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati satu kesan lubang pada pintu kayu hadapan rumah dan kesan terkena peluru pada dinding ruang tamu rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ariffin memaklumkan, pihaknya turut menjumpai serpihan besi iaitu serpihan anak peluru di bahagian ruang tamu rumah.

“Motif atau punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek masih diteruskan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 iaitu kesalahan melepaskan tembakan selain dari tempat yang dibenarkan,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khalpna Rajandhiran di talian 03-61262222 atau 012-5018901.

Baca Lagi:
“Sedang bertarung nyawa, 6 saluran jantung tersumbat” – Jasmin Hamid
Ibu 3 anak curi seluar dalam lelaki dipenjara 10 bulan
[Video] Ayah bertarung nyawa selamatkan anak dibaham buaya di Lahad Datu
CATEGORIES