Rumah peniaga makanan macam ‘reban ayam’

Rumah peniaga makanan macam ‘reban ayam’

Rumah peniaga makanan macam ‘reban ayam’. Keadaan sebuah rumah yang kotor dipercayai diduduki peniaga makanan mendapat kecaman orang ramai.

Gambar memaparkan keadaan persekitaran rumah tersebut yang penuh dengan sampah dan peralatan menyediakan makanan untuk dijual turut tular di media sosial.

Situasi itu dirakam oleh seorang pengguna Twitter yang secara kebetulan melalui kawasan rumah berkenaan semasa sedang berjoging pagi tadi.

Rumah peniaga makanan macam 'reban ayam'

“Tadi pegi joging lepas itu nampak rumah ini. Tak silap rumah ini orangnya berniaga, tapi tak tahu di mana.

“Boleh ke sediakan makanan untuk dijual dalam keadaan begini? Maaf kalau menyinggung sesiapa, tetapi perkara ini dibenarkan kah?,” tulisnya di ruang kapsyen.

Di dalam gambar itu dapat dilihat penghuninya seperti memasak serta menyediakan makanan untuk dijual di pekarangan rumah.

Turut kelihatan bekas-bekas makanan dibiarkan bersepah serta tidak dibasuh.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan di mana lokasi rumah tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menggesa wanita tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya peniaga itu dikenakan tindakan.

“Tolong laporkan pada Kementerian Kesihatan (KKM), nanti mereka boleh datang buat pemeriksaan. Kasihan jiran kena tanggung risiko lipas, tikus dah haiwan lain,” kata Hariz.

“Mohon buat laporan pada pihak berkuasa tempatan, mereka akan siasat,” kata Xelora.

“Dahsyat keadaan rumah nampak macam reban ayam, rasanya reban ayam lebih kemas. Tahap kebersihan diragui,” kata Liza.

“Sebagai jiran, ada hak untuk memastikan kawasan sekitar bersih dan selamat. Mungkin boleh jadi kawasan pembiakan nyamuk atau tikus yang boleh bawa penyakit. Kalau tak berani tegur, terus laporkan kat PBT. Itu hak anda,” kata Amer.

“Kawasan mana ni? Boleh sebar penyakit kepada jiran-jiran sekali ni,” kata Jalal.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah diulang ciap lebih 1,000 kali.

Baca Lagi:
KJ masuk PKR?, ini jawapan Rafizi
Senarai ahli Umno dipecat dan digantung selama 6 tahun
Netizen berjaya jejak lelaki yang berani lawan Mas Idayu 8 tahun lalu
CATEGORIES