Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta. Jika anda adalah orang yang berasal dari Shah Alam, anda pasti tahu bahawa terdapat beberapa koleksi rumah mewah yang terbina di Shah Alam. Kebanyakan rumah di sana dimiliki oleh ahli perniagaan, orang politik dan mereka yang mempunyai pangkat yang tinggi di dalam kerajaan.

Terbaharu, sebuah rumah banglo yang terletak di atas bukit di Shah Alam tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen. Ini disebabkan harganya yang tinggi dan terletak di atas bukit dengan panorama yang mengagumkan.

Menerusi sebuah hantaran iklan yang dimuat naik di dalam Group Shah Alam Business & Services oleh seorang lelaki bernama Koe Omc, rumah terbabit difahamkan bernama Cendana Sejahtera yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Dibuka untuk dijual pada harga RM17,000,000, rumah itu memiliki semua kemudahan yang diinginkan oleh orang ramai. Antaranya adalah tempat letak kereta bawah tanah untuk 12 buah kereta, surau, jakuzi, sauna, kolam renang dan perkhidmatan keselamatan selama 24 jam.

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta

Menerusi hantaran terbabit, dijelaskan bahawa rumah terbabit adalah, “Banglo bergaya resort tropika moden yang menakjubkan dengan konsep terbuka. Terletak di kawasan peribadi eksklusif yang dibina di bukit Seksyen 7. Dilengkapi dengan pengawal keselamatan, kolam renang dan lif.

“Banglo ini adalah reka bentuk seperti sebuah resort tetapi berfungsi untuk semua gaya hidup. Ia memberi pemilik persekitaran peribadi dan ruang selesa untuk tetamu. Ia dibina berkonsepkan resort tropika terbuka, di mana pemilik dan tetamu boleh menikmati udara segar dan kehijauan yang subur secara peribadi dengan pemandangan sekitar.”

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta

Rumah mewah milik bekas menteri atas bukit di Shah Alam bakal dijual pada harga RM17 juta

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen di Facebook dengan kebanyakan daripada mereka terkejut dengan harga yang ditetapkan, manakala sebahagian pula takjub dengan pemandangan yang ditawarkan.

Bukan sahaja tular di Facebook, rumah itu juga mendapat perhatian warga TikTok sejak ia dimuat naik oleh Joseph Chan. Menerusi beberapa komen, netizen berspekulasi bahawa rumah terbabit adalah milik seorang bekas menteri yang kini sudah pun bersara. Manakala sebahagian lagi pula menyatakan bahawa ia adalah milik seorang ahli perniagaan dari sektor perkhidmatan dan teknologi.

Baca Lagi:
Pegawai Muhyiddin dedah perkara sebenar kenapa Agong tolak jadi Perdana Menteri ke 10
Burung Kuang yang dianggap pupus 140 tahun lalu ditemui saintis amat mengejutkan
Pekerja J&T bawa lari duit company RM150,000, sempat beli rumah sebiji
CATEGORIES