Rumah macam istana siap ada pam minyak mini lagi, netizen mula syak Ustaz Solmed guna duit sedekah

Rumah macam istana siap ada pam minyak mini lagi, netizen mula syak Ustaz Solmed guna duit sedekah

Rumah macam istana siap ada pam minyak mini lagi, netizen mula syak Ustaz Solmed guna duit sedekah. Seorang penceramah bebas terkenal Indonesia, Ustaz Solmed sempat menjadi perbincangan netizen selepas mempamerkan kemewahan dan kekayaan yang disifatkan keterluan bagi seorang ahli agama.

Kemewahan hidup lelaki yang mempunyai nama sebenar Sholeh Mahmoed Nasution itu boleh dilihat melalui kediaman bak istana milik penceramah itu.

Solmed sendiri yang menunjukkan kediaman mewah dengan harga puluhan juta itu di akaun Instagramnya.

Rumah macam istana siap ada pam minyak mini lagi, netizen mula syak Ustaz Solmed guna duit sedekah

Dia memberitahu rumah mewah yang dibangunkan di Bogor itu dibina khas untuk isterinya, April Jasmine. Ia didirikan di atas keluasan 4,000 meter.

Kediaman bergaya Timur Tengah itu diketahui mempunyai 10 buah bilik tidur dengan pelbagai kelengkapan termasuk padang futsal, sauna, gim, wayang mini serta pam minyak mini!

Gara-gara sikap Solmed yang suka mempamerkan kemewahannya, ramai netizen menuduh dia menggunakan duit sedekah orang ramai untuk membina kediamannya.

Namun Solmed menegaskan dia menjadi kaya raya bukan sumber daripada hadir ke majlis ilmu atau memberi ceramah sebaliknya kerana keuntungan yang diperoleh daripada perniagaannya.

“Bukan dari duit sedekah tapi duit bisnes. Saya banyak perniagaan. Ada berkaitan sewa vila, rokok dan susu. Isteri sendiri ada perniagaan juga,” katanya seperti dilaporkan Kompas.com.

Malah kerana pendedahan terhadap kemewahan hidupnya, Solmed kini dalam perhatian pihak berkuasa berkaitan harta.

Baca Lagi:
Sebuah syarikat tawar bonus RM359,818 kepada pekerja jika lahirkan anak
Senarai 10 bandar paling banyak dilawati di seluruh dunia, no.1 mesti sebab rakyat Malaysia
Juruvideo dari UK dedah ada kedai daging segar tersorok di Petaling Street jual daging kucing
CATEGORIES