Rumah biru di Kampung Baru tak jadi roboh, pemilik kongsi cerita sebenar

Photo of author

By Joe

Rumah biru di Kampung Baru tak jadi roboh, pemilik kongsi cerita sebenar. Berita mengenai isu Rumah Biru ikonik yang sering menjadi latar belakang dalam filem dan drama tempatan yang dikatakan bakal dirobohkan telah tersebar luas.

Khabar angin mengenai perobohan rumah tersebut kemudian menjadi perbualan hangat di kalangan netizen di media sosial yang mengkritik tindakan itu.

Namun, menurut Syafiq Abdullah yang juga waris pemilik rumah berkenaan tampil menjelaskan hal sebenar.

Rumah biru di Kampung Baru tak jadi roboh, pemilik kongsi cerita sebenar

Sebaliknya, rumah tersebut akan dipindahkan ke lokasi lain untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek pembukaan semula palong yang terletak di bawah tanah rumah tersebut oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur.
Projek ini belum bermula lagi dan untuk makluman semua, rumah kami InsyaAllah tidak akan dirobohkan. Kami diminta untuk keluar bagi memudahkan pelaksanaan projek tersebut nanti.

Jika berlaku apa-apa pada masa akan datang, InsyaAllah pemaju akan memulihkan semula seperti sediakala. Sama-sama kita berdoa agar selepas projek ini tamat, kami dapat kembali ke kampung halaman kami.

Sebelum ini, kisah perobohan Rumah Biru itu diikuti ramai pihak kerana rumah tersebut menjadi lokasi penggambaran filem seperti Adnan Sempit, Remp-It, dan Impak Maksima.

Baca Lagi:
“Bayar parkir mahal tapi dapat hadiah air busuk”, wanita tak puas hati dapat pampasan cuci kereta percuma setahun
Wanita buat seks dengan lelaki OKU siap ‘video call’ dengan kekasih
Budak perempuan 3 tahun tersangkut pada ekor layang-layang gergasi dibawa terbang ke udara